Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020
16 Mac 2020 - 17 Mac 2020
282) PENGLIBATAN PKNS DALAM PEMBANGUNAN PJ SENTRAL
Tahun: 2020
Sesi: 1
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah status terkini Penglibatan PKNS dalam Pembangunan PJ Sentral?
Bagi mengurangkan tekanan kepada aliran tunai PKNS, PKNS telah bersetuju untuk menjual hak pembangunan Menara 2 PJ Sentral kepada mana-mana pihak yang berminat. Proses mengenalpasti pembeli berpotensi tersebut kini sedang dilaksanakan.
-
Bilakah menara milik PKNS akan didirikan?
Berdasarkan ‘Development Agreement’ sedia ada antara PKNS dan pihak PJ Sentral Development Sdn. Bhd. (PJSD), pembinaan blok Menara 2 PJ Sentral tersebut perlu disiapkan dalam tempoh lima (5) tahun dari tarikh serahan ‘footprint platform’ Menara 2 tersebut. Serahan ‘footprint platform’ Menara 2 oleh MRCB kepada PKNS dijangka dibuat pada bulan Julai 2020.