Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

16 Mac 2020 - 17 Mac 2020

281) SETINGGAN DAN PENEMPATAN

Tahun: 2020

Sesi: 1

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Tuan Mohd Zawawi Bin Ahmad Mughni

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah Setinggan yang masih menduduki tanah-tanah milik kerajaan

     

    Bil Daerah Jumlah Setinggan (unit)
    1 Sabak Bernam 100
    2 Kuala Selangor 1342
    3 Klang
    4 Kuala Langat 11
    5 Hulu Langat 58
    6 Sepang 94
    7 Petaling 523
    8 Gombak 91
    9 Hulu Selangor 73
    JUMLAH 2292

     

    Jumlah setinggan yang masih menduduki Tanah Kerajaan di dalam Negeri Selangor adalah 2292 unit setinggan. Tindakan pengenaan Notis Pentadbiran di bawah seksyen 425 Kanun Tanah Negara (KTN) telah dikeluarkan kepada semua penghuni struktur setinggan tersebut.

  2. Apakah usaha kerajaan untuk memastikan tanah2 milik kerajaan tidak di ceroboh dan disalah guna

    Kerajaan Negeri melalui Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) sentiasa melakukan pemantauan ke atas mana-mana Tanah Kerajaan mengikut daerah masing-masing. Tindakan awal iaitu pengeluaran Notis Pentadbiran di bawah seksyen 425 KTN serta disusuli dengan tindakan perobohan akan dapat memastikan pencerobohan Tanah Kerajaan tidak lagi berleluasa.

     

    Pejabat Tanah dan Galian Negeri Selangor (PTGS) bersama-sama dengan PDT sedang merangka suatu perancangan agar dapat mendakwa penceroboh-penceroboh Tanah Kerajaan ini seperti yang telah diperuntukkan di bawah seksyen 425 KTN iaitu pengenaan denda RM500,000.00 atau sepuluh (10) tahun penjara atau kedua-duanya sekali.

     

     

     

Lampiran

Tiada Lampiran.