Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020
16 Mac 2020 - 17 Mac 2020
278) PUSAT KAUNSELING SELANGOR
Tahun: 2020
Sesi: 1
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Puan Lim Yi Wei
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Nyatakan kerjasama Pusat Kaunseling Selangor dengan NGO-NGO berkaitan kesihatan mental seperti MIASA, Befrienders, bagi meningkatkan lagi prestasi Pusat Kaunseling Selangor?
- Pusat Kaunseling Selangor merupakan sebahagian daripada Ahli Tetap roudtour karnival 3W di semua daerah dalam negeri selangor. Roadtour tersebut turut menghimpunkan NGO-NGO dan jabatan/agensi yang memberikan perkhidmatan sama ada kesihatan Fizikal juga Kesihatan Mental antaranya ialah Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), MIASA, Befrienders dan lain-lain.. Secara tidak langsung aktiviti ini dapat meluaskan lagi promosi perkidmatan kaunseling daripada Pusat Kaunseling Selangor kepada masyarakat di seluruh selangor.
- Setiap tahun Pusat Kaunseling Selangor akan membuat lawatan penanda aras perkhidmatan kaunseling. Bagi tahun 2019 terdapat beberapa sesi lawatan dan perkongsian maklumat antaranya adalah Pusat Kaunseling Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS), Unit Kaunseling dan Psikologi UITM Shah Alam dan lain-lain.
- Pusat Kaunseling Selangor juga mengadakan/mendapat Kerjasama dan pengiktirafan daripada Persatuan Kaunseling Malaysia (PERKAMA International) dalam memastikan perkhidmatan pusat kaunseling selangor relevan dan diyakini.
-
Apakah langkah dan inisiatif Kerajaan Negeri bagi memastikan Pusat Kaunseling Selangor lebih mesra pelanggan?
- Antara inisiatif Kerajaan Negeri Selangor adalah dengan mewujudkan Laman Sesawang aturan Temujanji Perkhidmatan Kaunseling (e-psy) Negeri Selangor, Page Facebook dan Maklumat-maklumat dalam Google Search dan Maps supaya lebih mudah untuk masyarakat membuat aturan temujanji bersama kaunselor di pusat kaunseling Selangor selain memudahkan akses serta maklumat-maklumat berkaitan perkhidmatan Pusat Kaunseling Selangor.
- Selain itu, kerajaan juga mewujudkan cawangan pusat kaunseling selangor di majlis-majlis pihak berkuasa tempatan yang terpilih seperti Majlis Perbandaran Sepang (MPSp), Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), Majlis Perbandaran Selayang (MPS) dan Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) dengan tujuan memudahkan lagi masyarakat untuk mendapatkan khidmat kaunseling bersama kaunselor dari pusat kaunseling selangor. Walaubagaimanapun, perkhidmatan kaunseling di pihak berkuasa tempatan adalah berdasarkan temujanji yang telah dibuat sahaja.
- Pentadbiran Setiasuaha Kerajaan Negeri Selangor juga turut mewajibkan kesemua Sukarelawan Kaunselor untuk berdaftar di Lembaga Kaunselor Malaysia (LKM). Selain daripada itu semua kaunselor Pusat Kaunseling Selangor untuk menghadiri kursus penambahbaikan perkhidmatan yang dianjurkan oleh bahagian pengurusan sumber manusia bagi memastikan mutu penyampaian perkhidmatan kaunseling di pusat kaunseling selangor terjamin dan mesra pelanggan.