Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

16 Mac 2020 - 17 Mac 2020

264) TANAH & STRUKTUR BINAAN LAMA

Tahun: 2020

Sesi: 1

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Mohd Zawawi Bin Ahmad Mughni

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah perancangan Kerajaan ke atas premis-premis bangunan lama seperti di Klang?

    Majlis Perbandaran Klang telah menyediakan Pelan Induk tapak warisan khususnya di pusat Bandar Klang Selatan berdasarkan Rancangan Tempatan Klang 2020 dan telah menyediakan Buku Garispanduan Rekabentuk Bangunan Warisan bagi memastikan mengekalkan ciri-ciri rekabentuk, fasad, ketinggian dan memastikan bangunan warisan di pelihara,di pulihara dan di kekalkan rekabentuk asal. Menaiktaraf tapak-tapak warisan seperti bangunan -bangunan kolonial bersejarah dan mewartakan di bawah Akta Warisan serta menyelaras program Jelajah Warisan (“Heritage Walk’) dengan pihak Tourism Selangor. Menaiktaraf dan memperindahkan bangunan-bangunan warisan di pusat bandar seperti mengecat mural dan mengecat bangunan-bangunan perniagaan mengikut warna yang sesuai serta menyediakan rangkaian pejalan kaki yang mengwujudkan rangkaian pejalan kaki yang berintegrasi dengan pusat-pusat tarikan untuk kemudahan pelancong.

  2. Apakah usaha kerajaan untuk menambah baik objek-objek pelancongan di kawasan Klang?

    Majlis Perbandaran Klang telah melaksanakan beberapa projek pembangunan dalam usaha menambahbaik objek-objek pelancongan di Kawasan Klang seperti:

     

    1. Melaksanakan projek pembangunan menaiktaraf kemudahan pelancongan di sekitar Royal Klang Town Heritage Walk (RKTHW), Klang yang meliputi kerja-kerja seperti berikut :

     

    • Kerja-kerja membina dan membaikpulih siarkaki, bumbung laluan pejalan kaki, jejantas, laluan basikal dan membekal serta memasang papantanda yang menelan belanja sebanyak RM879,500.00.

     

    • Kerja-kerja menaiktaraf pencahayaan laluan pejalan kaki dan bangunan warisan di kawasan Pusat Bandar Klang Selatan bagi program kemudahan ‘Heritage Walk’ yang berjumlah sebanyak RM369,150.00.

     

    1. Selain daripada itu, Majlis Perbandaran Klang telah mengemukakan dua cadangan brif Projek Pembangunan Fizikal bagi permohonan projek baharu di bawah RMKe-12 Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia untuk projek-projek seperti berikut :

     

    • Cadangan kerja-kerja membaikpulih replika Kapal Bugis di Tanjung Harapan, Pelabuhan Klang dengan anggaran kos sebanyak RM965,850.00 ;

     

    • Cadangan menaiktaraf Kemudahan Awam di Jalan Raya Timur, Klang yang dianggarkan berjumlah sebanyak RM511,126.54.

     

     

    1. c) Kerajaan Negeri melalui Tourism Selangor membantu memasarkan produk pelancongan di kawasan daerah Klang sempena Tahun Melawat Selangor dan berusaha membantu meningkatkan kedatangan pelancong ke daerah Klang. Antara peranan Tourism Selangor untuk mempromosikan Klang sebagai destinasi pelancongan ini adalah seperti berikut:-

     

    1. i) Pengiklanan Media Cetak dan Bahan Terbitan

    Tourism Selangor juga mempromosikan pelancongan melalui pengiklanan media cetak seperti akhbar, majalah dan risalah promosi. Poster informasi beserta laporan dan artikel diperbanyakkan di media tempatan dan bertaraf antarabangsa. Selain itu, Tourism Selangor juga menerbitkan risalah pelancongan seperti direktori pelancongan, peta, dan info grafik untuk memberikan informasi lengkap berkenaan informasi pelancongan di daerah Klang. Antaranya seperti, Selangor Breakaway, The Best of Selangor dan Buku Terokai Kehijauan Selangor.

     

     

     

    1. ii) Program Promosi Dalam Negara

    Pihak Tourism Selangor mempromosikan dan memperkenalkan produk-produk pelancongan di Klang di dalam siri promosi di dalam dan luar negara yang disertai bagi tahun 2020 dan tahun 2021. Program promosi dalam negara yang disertai oleh Tourism Selangor seperti Program MATTA Fair (2 kali setahun), Malaysia Inbound (MITA) Travel Fair, Program Skuad Kembara Sekolah dan Kuala Lumpur Photography Festival.

     

             iii)           Program Promosi Luar Negara

    Pihak Tourism Selangor bersama-sama dengan pihak Majlis Perbandaran Klang akan menyertai siri-siri promosi luar negara seperti Asean Tourism Forum, ITB Berlin, WTM London, Arabian Travel Market Dubai dan lain-lain lagi.

     

    1. iv) Hebahan melalui Laman web dan Media Sosial Tourism Selangor

    Tourism di dalam laman web rasmi akan sentiasa mempromosi produk pelancongan di daerah Klang dan Kempen Tahun Melawat Selangor 2021 serta memastikan semua maklumat yang dipaparkan adalah yang terkini dan tepat. Laman web Tourism Selangor boleh dilayari melalui http://www.selangor.travel. Laman Media sosial Tourism Selangor mempunyai jumlah pengikut yang ramai melebihi 300,000 orang pengikut dalam dan luar negara.

     

    1. v) Penganjuran Program FAM Trip (Familiarization Trip)

    Tourism Selangor bekerjasama dengan pihak Majlis Perbandaran Klang serta produk-produk pelancongan di daerah Sepang untuk menganjurkan sesi lawatan tapak atau FAM Trip bersama dengan agensi pelancongan dan agensi media tempatan dan antarabangsa sepanjang Tahun 2020 dan Tahun 2021.

     

     

  3. Apakah persiapan Kerajaan untuk tahun melawat Selangor di daerah Klang?

Lampiran

Tiada Lampiran.