Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020
16 Mac 2020 - 17 Mac 2020
259) KEBERSIHAN SUNGAI BERHAMPIRAN INDUSTRI TERNAKAN KHINZIR DI DUN TANJUNG SEPAT
Tahun: 2020
Sesi: 1
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Borhan Bin Aman Shah
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah tahap indeks kualiti air sungai di DUN Tanjung Sepat yang berdekatan dengan setiap lokaliti industri ternakan khinzir
Lembaga tiada data dan maklumat bagi perkara ini memandangkan tiada stesen pemantauan sama ada automatik mahupun manual di kawasan yang ditanyakan.
Stesen pemantauan kualiti air sungai hanya berada di dalam Lembangan Sungai Langat dan yang terdekat dengan Tanjung Sepat adalah Stesen Sungai Batang Labu di Kampung Orang Asli Bukit Tadong yang jaraknya 18 km dari Tanjung Sepat. Indeks kualiti air sungai di stesen ini adalah kelas ketiga.
-
Apa mekanisme JPS Kuala-Langat dan Sepang dalam memastikan tahap indeks-kualiti air sentiasa dalam tahap kebersihan yang maksimum di sekitar industri ternakan tersebut
Untuk makluman, penternakan khinzir di DUN Tanjung Sepat dikawalselia oleh Jabatan Veterinar dan Jabatan Alam Sekitar di mana Jabatan tersebut mengawal kualiti pelepasan air kumbahan sebelum masuk ke dalam sungai yang terdekat. Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) hanya menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan sungai yang melibatkan skop kerja pengorekan dan juga pembaikan tebing sekiranya perlu.