Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020
16 Mac 2020 - 17 Mac 2020
257) LAMPU ISYARAT
Tahun: 2020
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Azmizam Bin Zaman Huri
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Berapakah jumlah peruntukan yang telah dibelanjakan oleh Kerajaan Negeri bagi menggantikan lampu isyarat yang rosak/hilang/tidak berfungsi dibawah seliaan Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri dan Kerajaan Tempatan? sila nyatakan mengikut DUN.
Di bawah peruntukan MARRIS, kerja-kerja penyelenggaraan elektrik bagi menelenggara lampu jalan dan lampu syarat berjumlah RM6 Juta setahun bagi seluruh Negeri Selangor. Peruntukan ini diagihkan kepada 9 daerah di Negeri Selangor mengikut keperluan serta kuantiti aset elektrik yang berada di daerah tersebut. Sila rujuk Lampiran 1 untuk peruntukan yang telah dibelanjakan di Daerah Klang.
Untuk Jalan Persekutuan, Cawangan Kejuruteraan Elektrik JKR Selangor telah membelanjakan peruntukan berjumlah RM600,000.00 untuk menyelenggara lampu jalan dan lampu isyarat di seluruh Negeri Selangor.
-
Apakah tindakan Kerajaan Negeri dalam mengatasi masalah kecurian/kehilangan lampu isyarat?
JKR Selangor telah mengambil pelbagai langkah untuk mengatasi masalah kecurian/kehilangan lampu isyarat. Walau bagaimanapun, masalah ini masih lagi berlaku dan amat sukar dibendung. Bagi kawasan Pelabuhan Klang, Cawangan Kejuruteraan Elektrik JKR Selangor sedang dalam proses reka bentuk bagi penggunaan produk berasaskan solar melibatkan beberapa Jalan Persekutuan dengan anggaran kos berjumlah RM3 Juta dan dijangka akan digunapakai pada bulan Oktober 2020. Inisiatif ini dijangka dapat mengatasi masalah vandalism yang berlaku kerana tiada pendawaian dan feeder pillar diperlukan bagi pembekalan sumber tenaga kepada lampu jalan dan lampu isyarat untuk berfungsi.
LAMPIRAN 1 CADANGAN PROJEK PENYELENGGARAAN JALAN NEGERI TAHUN 2020
PROGRAM : WANG AMANAH PENYELENGARAAN JALAN
KOD AKTIVITI : 50 – LAMPU JALAN & LAMPU ISYARAT
Bil Daerah Perihal Kerja Harga Anggaran Asal (RM)
1 KLANG KERJA-KERJA SENGGARAAN LAMPU JALAN NEGERI DI JALAN HAJI ABDUL MANAN, SUNGAI PULOH, HAJI SIRAT, TOK MUDA, BUKIT KAPAR, KAPAR, DAERAH KLANG, SELANGOR DARUL EHSAN 300,000.00
2 KLANG KERJA-KERJA SENGGARAAN LAMPU JALAN NEGERI DI JALAN PANDAMARAN, JALAN SG. SIREH DAN JALAN TELOK GONG, DAERAH KLANG, SELANGOR DARUL EHSAN 150,000.00
3 KLANG KERJA-KERJA SENGGARAAN LAMPU ISYARAT NEGERI DI SIMPANG HAJI SIRAT, SIMPANG AMAN PERDANA DAN SIMPANG BUKIT KAPAR KUARI, DAERAH KLANG, SELANGOR DARUL EHSAN 150,000.00
4 KLANG KERJA-KERJA SENGGARAAN LAMPU ISYARAT NEGERI DI SIMPANG KG. DELEK, RAJA NONG, TENGKU KELANA DAN JALAN RAJA LUMU, DAERAH KLANG, SELANGOR DARUL EHSAN 200,000.00
5 KLANG KERJA-KERJA SENGGARAAN LAMPU ISYARAT NEGERI DI SIMPANG JALAN KEBUN BARAT DAN SIMPANG BERJAYA PARK DAERAH KLANG, SELANGOR DARUL EHSAN 100,000.00
1 KLANG KERJA-KERJA SENGGARAAN LAMPU JALAN NEGERI DI JALAN KEMUNING PRIMA, DAERAH KLANG, SELANGOR DARUL EHSAN 50,000.00
2 KLANG KERJA-KERJA SENGGARAAN LAMPU JALAN NEGERI DIJALAN DATO MAT SIDIN, DAERAH KLANG, SELANGOR DARUL EHSAN 50,000.00
1 KLANG KERJA-KERJA SENGGARAAN LAMPU JALAN NEGERI DIJALAN KEBUN TAMBAHAN, DAERAH KLANG, SELANGOR DARUL EHSAN 50,000.00
2 KLANG KERJA-KERJA SENGGARAAN LAMPU JALAN NEGERI DI JALAN KEBUN NENAS, DAERAH KLANG, SELANGOR DARUL EHSAN 50,000.00
JUMLAH (RM) 1,100,000.00