Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

16 Mac 2020 - 17 Mac 2020

239) KES DENGGI

Tahun: 2020

Sesi: 1

Isu: Kesihatan

Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Nyatakan program dan gerak kerja mengikut daerah yang telah dilakukan untuk membasmi masalah denggi kawasan perumahan dan kawasan kilang?

    Setiap aktiviti denggi di peringkat daerah samaada melibatkan program atau gerak kerja di mana-mana premis adalah mengikut standard garis panduan yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.  Aktiviti utama yang dilaksana adalah :

     

    1. Penghapusan tempat pembiakan nyamuk
    2. Semburan ruang termal
    • Semburan ULV
    1. Aktiviti Pendidikan kesihatan denggi
    2. Aktiviti penguatkuasaan/ perundangan

     

    Bagi membasmi masalah denggi di kawasan perumahan dan kilang, antara usaha yang perlu dilaksana termasuklah:

     

    • Membincangkan isu denggi di peringkat daerah secara terperinci untuk tindakan yang diambil oleh pihak terlibat  melalui Mesyuarat Tindakan Denggi Peringkat Daerah yang dipengerusikan oleh Pegawai Daerah dihadiri oleh kesemua agensi terlibat seperti PKD, PBT, Ahli Majlis dan sebagainya

     

    • Membincangkan isu serta punca pembiakan denggi di lokasi terlibat bersama penduduk/ ahli majlis/ DUN agar dapat diambil tindakan bersama.

     

    • Memperkasakan peranan penduduk/ agensi terlibat melalui penubuhan pasukan COMBI bagi melaksana aktiviti pencegahan denggi (pemusnahan tempat pembiakan denggi serta pendidikan kesihatan denggi) di lokaliti berkenaan.

     

    • Melaksana program gotong-royong berfokus bagi menghapuskan tempat pembiakan nyamuk bersama masyarakat di lokaliti berkenaan.

     

    • Aktiviti penguatkuasaan seperti pengeluaran Seksyen 8 serta pengeluaran kompaun bagi premis kediaman dan penutupan serta tindakan mahkamah bagi kilang yang mempunyai pembiakan denggi positif.

     

  2. Nyatakan program atau aktiviti di peringkat negeri Selangor bagi tahun 2018-2020 yang dirancang untuk program pembasmian denggi?

    Program/ aktiviti denggi peringkat Negeri Selangor 2018-2020 adalah seperti berikut:

     

    • Mesyuarat Tindakan Denggi Peringkat Negeri Selangor secara berkala (2018-2020)

     

    • Pemakluman melalui surat rasmi “Dengua Alert” Peningkatan Peningkatan Kes Denggi di Selangor secara berkala serta Amaran Peningkatan Kes Denggi mengikut situasi semasa (contoh cuti persekolahan, cuti perayaan dll) kepada pihak berkaitan seperti fasiliti kesihatan kerajaan dan swasta dalam Selangor, PBT, Kerajaan Negeri Sekolah, Agensi Kerajaan, Jabatan Pendidikan Negeri Selangor, JAIS dan MAIS serta lain-lain.

     

    • Program Gotong Royong Mega Denggi Peringkat Negeri sebanyak 2 kali setahun (2018- 2020) telah dilaksana di beberapa daerah utama denggi seperti Petaling, Hulu Langat, Gombak, Klang, Kuala Selangor dan Sepang, manakala daerah-daerah lain turut melaksana gotong royong berkenaan di peringkat masing-masing.

     

    • Sambutan Hari Denggi Asean Tahun 2018 dan 2019

     

    • Operasi Mobilisasi Kawalan Denggi Selangor 2018

     

    • Operasi Gempur Aedes (Penguatkuasaan) di Tapak Bina, Barang Lusuh, Industri, Tapak Semaian, Tapak Komersial, Tempat Tumpauan Awam dan Tanah Lot Kosong secara berkala Tahun 2018-2019.

     

    • Kempen Selangor Gempur Aedes (Siri 1- 4) tahun 2019
    • Trevalog Denggi Peringkat Negeri Selangor (Mobilisasi COMBI ke lokaliti hotspot antara daerah.)

     

    • Program Selangor Bebas Aedes Tempat Kerja dan Kuarters (Kerajaan) 2019

     

    • Program Khas Pelepasan Nyamuk dan telur nyamuk berwolbachia di daerah Petaling 2019.

     

    • Program pengukuhan dan pemurnian Program Bebas Denggi Sekolah 2019 dan 2020

     

     

Lampiran

Tiada Lampiran.