Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

16 Mac 2020 - 17 Mac 2020

197) PENYAKIT CORONAVIRUS

Tahun: 2020

Sesi: 1

Isu: Kesihatan

Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah kesan ancaman coronavirus kepada sektor pelancongan Negeri Selangor?

    Sektor pelancongan di Negeri Selangor terjejas berikutan penularan wabak coronavirus sejak bulan Februari yang lalu. Situasi ini amat terkesan selepas jumlah pelancong khususnya dari China dan beberapa negara lain seperti Singapura serta Indonesia, menurun berbanding sebelum ini yang merupakan penyumbang besar jumlah kedatangan pelancong daripada luar negara ke Negeri Selangor.

    Keadaan ini turut mempengaruhi pelancong tempatan untuk berkunjung ke kawasan pelancongan di sekitar Negeri Selangor ekoran khuatir wabak coronavirus yang semakin menular ketika ini. Penggiat Industri pelancongan termasuk hotel, operator produk pelancongan, pusat membeli-belah, taman tema dan agensi pelancongan mengalami penurunan pengunjung yang amat drastik sehingga 50% hingga 60% penurunan berbanding tahun sebelum ini.

  2. Nyatakan statik pelancong yang datang ke kawasan strategik pelancongan di kawasan Hulu Selangor?

    Statistik kedatangan pelancong ke Hulu Selangor untuk Tahun 2019 (Januari hingga Disember) adalah seperti berikut:-

     

    JUMLAH KESELURUHAN KEDATANGAN PELANCONG

    (Orang)

    JUMLAH

    PELANCONG

    DOMESTIK

    (Orang)

    JUMLAH

    PELANCONG ANTARABANGSA

     (Orang)

     

    30,877

     

    29,176

     

    1,701

Lampiran

Tiada Lampiran.