Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020
16 Mac 2020 - 17 Mac 2020
193) GANGGUAN BEKALAN AIR DI CHERAS HARTAMAS
Tahun: 2020
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Lai Wai Chong
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah Statistik gangguan bekalan air di Cheras Hartamas?
Statistik gangguan bekalan air di kawasan Cheras Hartamas adalah seperti berikut:
No Gangguan Bekalan Air Berjadual 2019 2020 (Feb) 1. Kerja-kerja Pencucian Paip Agihan Menggunakan Kaedah ‘Pressurized Cleaning’ 4 0 2. Kerja-kerja penyambungan paip air (pengalihan paip) 1 0 3. Kerja Pencucian Kolam Air 0 1 Jumlah 5 1 No Gangguan Bekalan Air Tidak Berjadual 2019 2020 (Feb) 1. Paip Pecah 9 0 2. Masalah Loji Rawatan Air Sungai Langat 3 0 3. Penurunan paras air kolam 2 3 Jumlah 14 3 -
Adakah Pihak Air Selangor mempunyai penyelesaian jangka panjang bagi mengelakkan gangguan bekalan air akibat tekanan rendah di Cheras Hartamas?
Penyelesaian jangka panjang bagi mengelakkan gangguan bekalan air akibat tekanan rendah di Cheras Hartamas adalah seperti berikut:
Kawasan Cheras Hartamas mendapat bekalan air dari Loji Rawatan Air Sg. Langat yang disalurkan ke Kolam Sg Midah. Bekalan air dari sumber yang sama ini turut membekalkan air ke kawasan lain seperti Alam Damai, Bukit Cheras, Damai Perdana, Bukit Anggerik dan lain-lain kawasan. Oleh demikian, bekalan air ke Cheras Hartamas adalah tidak berapa stabil buat masa ini.
Satu kerja “interconnection” sedang dilaksanakan di Kolam Damai Perdana A (Melalui Kolam Sg Besi) dan ianya berfungsi menyalurkan air dari Loji Rawatan Air Langat 2 ke Kolam Damai Perdana A dan membekalkan air kepada lebih 2,000 akaun di kawasan Cheras Hartamas. Projek “interconnection” ini dijangka siap pada penghujung tahun 2020, ianya dijangka dapat mengurangkan permintaan daripada Kolam Sg Midah dan seterusnya bekalan ke Cheras Hartamas akan lebih stabil.