Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

16 Mac 2020 - 17 Mac 2020

187) INFRASTRUKTUR LUAR BANDAR

Tahun: 2020

Sesi: 1

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Mohd Zawawi Bin Ahmad Mughni

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah pada perancangan untuk membentuk Pengurusan Infra jalan luar bandar dengan model Konsesi agar keadaan jalan luar bandar lebih baik & selamat

    JKR Selangor melalui peruntukan MARRIS telahpun menyediakan kontrak khas (pelantikan konsesi) bagi penyelenggaraan jalan di bawah Kontrak Jangka Panjang Penyelenggaraan Jalan Negeri di Negeri Selangor. Kontrak ini melibatkan penyelenggaraan Jalan negeri yang berada di dalam bandar mahupun di luar bandar. Secara umumnya, penyelenggaraan Kontrak Jangka Panjang ini melibatkan beberapa kerja rutin yang perlu dilaksanakan ke atas jalan berkenaan termasuklah penampalan ‘potholes’, pemotongan rumput, pembersihan longkang dan sebagainya (terdapat 11 jenis rutin). Ini adalah bertujuan untuk memastikan jalan berkenaan sentiasa diselenggara dengan keadaan baik dan selamat untuk digunakan oleh pengguna jalanraya.

     

  2. Berapakah peruntukan yang telah disalurkan oleh kerajaan untuk menyelenggara jalan luar bandar sejak 5 tahun yg lalu

    Jalan luar bandar dikategorikan sebagai Jalan Kampung di mana peruntukan disalurkan ke Pejabat Daerah dan Tanah bagi menaik taraf dan menyenggara jalan tersebut. Terdapat sumber peruntukan yang disalurkan oleh Kerajaan Persekutuan ke Pejabat Daerah dan Tanah melalui Kementerian Pembangunan Luar Bandar di bawah Projek Naik Taraf Jalan Kampung dan Kementerian Kewangan di bawah Pemberian Penyenggaraan Jalan Negeri (MARRIS). Peruntukan yang telah disalurkan melalui peruntukan MARRIS adalah seperti berikut :-

    Tahun Peruntukan MARRIS Disalurkan

    ke 9 PDT Selangor

    (RM)

    2015 13,798,109.70
    2016 9,513,272.13
    2017 25,455,630.44
    2018 27,491,803.11
    2019 28,816,296.15
    JUMLAH 105,075,111.53

Lampiran

Tiada Lampiran.