Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

16 Mac 2020 - 17 Mac 2020

148) HAL EHWAL ORANG ASLI

Tahun: 2020

Sesi: 1

Isu: Orang Asli

Adun: Y.B. Puan Lim Yi Wei

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah bilangan dan apakah taburan masyarakat Orang Asli di negeri Selangor mengikut DUN?

    Bilangan kampung Orang Asli di Negeri Selangor ini adalah sebanyak 74 perkampungan yang merangkumi sebanyak 19,979 bilangan penduduk masyarakat Orang Asli dan yang diwakili oleh 21 DUN.

     

    Maklumat terperinci taburan Masyarakat Orang Asli di Negeri Selangor mengikut pecahan DUN adalah seperti di berikut :-

     

    Jadual 1 : Taburan Masyarakat Orang Asli Mengikut DUN di Negeri Selangor

    Bil Dun Bil Kampung Orang Asli Bil Penduduk
    1 N.05  : Hulu Bernam 2 313
    2 N.06: Kuala Kubu Baharu 7 1736
    3 N.07 : Batang Kali 7 2445
    4 N13: Kuang 1 425
    5 N.15 : Taman Templer 1 125
    6 N.16: Sungai Tua 1 124
    7 N17: Gombak Setia 3 1357
    8 N.18 : Hulu Kelang 1 102
    9 N.23: Dusun Tua 6 1379
    10 N.24 : Semenyih 3 1012
    11 N.29 : Seri Serdang 2 544
    12 N.37 : Bukit Lanjan 1 683
    13 N.38 : Paya Jaras 1 169
    14 N.40 :Kota Anggerik 1 209
    15 N.44 : Selat Klang 2 129
    16 N.46 : Pelabuhan Klang 1 262
    17 N.51 : Sijangkang 6 2462
    18 N.52 : Banting 5 1341
    19 N.53 : Morib 3 498
    20 N.54 : Tanjung Sepat 3 1425
    21 N.55 : Dengkil 17 3239
    Jumlah 74 19979

     

     

     

     

     

     

     

     

     

     

     

     

     

     

     

    Jadual 2 : Bilangan Masyarakat Orang Asli Mengikut Dun Di Negeri Selangor

     

     
    Bil DUN Bil Kampung Orang Asli Nama Kampung Bil Penduduk Jumlah Penduduk  
    1 N.05  : Hulu Bernam 2 KOA Changkat Bintang 132 313  
    KOA Serigala 181  
    2 N.06: Kuala Kubu Baharu 7 KOA Kuala Kerling 230 1,736  
    KOA Kolam Air 55  
    KOA Tun Abd Razak 711  
    KOA Pertak 248  
    KOA Buloh Telor 144  
    KOA Gerachi Jaya 256  
    KOA Sungai Jang 92  
    3 N.07 : Batang Kali 7 KOA Gurney 247 2,445  
    KOA Songkok 100  
    KOA Hulu Tamu 498  
    KOA Serendah 586  
    KOA Sungai Garing 36  
    KOA Bukit Manchong 795  
    KOA Sungai Kelubi 183  
    4 N13: Kuang 1 KOA Hulu Kuang 425 425  
    5 N.15 : Taman Templer 1 KOA Bukit Lagong 125 125  
    6 N.16: Sungai Tua 1 KOA Hulu Batu 124 124  
    7 N17: Gombak Setia 3 KOA Sungai Relang 30 1,357  
    KOA Batu 12 Gombak 1253  
    KOA Batu 16 Gombak 74  
    8 N.18 : Hulu Kelang 1 KOA Hulu Kemensah 102 102  
    9 N.23: Dusun Tua 6 KOA Kuala Pangsun 517 1,379  
    KOA Padang, Sungai Congkak 120  
    KOA Gabai 121  
    KOA Paya Lebar 206  
    KOA Genting Peras 194  
    KOA Donglai Baru 221  
    10 N.24 : Semenyih 3 KOA Sungai Lalang Baru 519 1,012  
    KOA Kachau 240  
    KOA Broga 253  
    11 N.29 : Seri Serdang 2 KOA Sungai Rasau Hilir 393 544  
    KOA Sungai Rasau Hulu 151  
    12 N.37 : Bukit Lanjan 1 KOA Bukit Lanjan 683 683  
    13 N.38 : Paya Jaras 1 KOA Sungai Buloh 169 169  
    14 N.40 :Kota Anggerik 1 KOA Bukit Bandaraya (Air Kuning) 209 209  
    15 N.44 : Selat Klang 2 KOA Pulau Ketam 48 129  
    KOA Bagan Hailam 81  
    16 N.46 : Pelabuhan Klang 1 KOA Pulau Indah 262 262  
    17 N.51 : Sijangkang 6 KOA Sungai Judah 477 2,462  
    KOA Kepau Laut 175  
    KOA Sungai Bumbun 521  
    KOA Sungai Kurau 235  
    KOA Sungai Rambai 115  
    KOA Taman Desa Kemandol 939  
    18 N.52 : Banting 5 KOA Busut Baru 465 1,341  
    KOA Pulau Kempas 343  
    KOA Bukit Cheeding 268  
    KOA Bukit Kechil 110  
    KOA Bukit Perah 155  
    19 N.53 : Morib 3 KOA Permatang Buah 80 498  
    KOA Telok Tongkah 167  
    KOA Pulau Banting 251  
    20 N.54 : Tanjung Sepat 3 KOA Tanjung Sepat 567 1,425  
    KOA Sungai Belankan 76  
    KOA Bukit Bangkong Sungai Pelek 782  
    21 N.55 : Dengkil 17 KOA Paya Rumput 80 3,239  
    KOA Mutus Tua 28  
    KOA Bukit Tadom 528  
    KOA Bukit Serdang 200  
    KOA Kolam Air Bangkong, Dengkil 438  
    KOA Kelinsing 161  
    KOA Jambu 42  
    KOA Bakok 82  
    KOA Sungai Melut 267  
    KOA Bukit Tampoi 342  
    KOA Bukit Baja 303  
    KOA Air Terentang 127  
    KOA Bukit Jenuk 86  
    KOA Batu 28 Jenderam Hilir 164  
    KOA Bukit Dugang 164  
    KOA Bukit Tunggul 50  
    KOA Sungai Buah 177  
    Jumlah 74   19979  

     

  2. Apakah usaha Kerajaan Negeri dalam memastikan hak Orang Asli dilindungi, terutamanya dalam aspek tanah adat?

    Antara kaedah-kaedah yang boleh digunapakai untuk melindungi tanah Orang Asli adalah dengan menguatkuasakan peruntukan undang – undang yang berkaitan dengan kesejahteraan hidup Orang Asli. Antara Akta yang jelas mempertahankan hak Orang Asli adalah Akta 134, Akta Orang Asli 1954. Dalam soal tanah, Seksyen 6 akta tersebut, adalah berkaitan pengurusan kawasan Orang Asli atau lebih mudah dikenali sebagai tanah saka. Tidak dinyatakan di mana-mana dalam akta tersebut berkaitan Tanah Wilayah Adat Orang Asli.

    Sebagai jabatan yang bertanggungjawab mengenai pentadbiran, kebajikan dan kemajuan Orang Asli secara amnya, pengurusan perlindungan tanah saka adalah menjadi keutamaan. Sehubungan dengan itu, JAKOA Negeri Selangor adalah komited untuk mewartakan sebagai rezab Orang Asli keseluruhan kawasan Orang Asli di negeri.

    Tindakan pertama yang perlu dibuat adalah perizaban dan pewartaan semua tanah Orang Asli mengikut seksyen 6 atau seksyen 7, Akta 134, mengikut mana yang bersesuaian hendaklah diluluskan dan diwartakan oleh Kerajaan Negeri. Melalui pewartaan seksyen 6 dan seksyen 7 ini :

     

    • Kawasan / Rizab Orang Asli dilindungi daripada diisytiharkan sebagai Rizab Orang Melayu di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang berhubungan dengan Rizab Orang Melayu;

     

    • tiada tanah boleh diisytiharkan sebagai tempat perlindungan atau rizab di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang berhubungan dengan pelindungan binatang dan burung liar;

     

    • tiada tanah boleh diisytiharkan sebagai hutan rizab di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang berhubungan dengan hutan;

     

    • tiada tanah boleh diberikan hakmilik, diberikan, dipajakkan atau selainnya dilupuskan kecuali kepada Orang Asli daripada masyarakat Orang Asli yang biasanya bermastautin di dalam rizab itu; dan

     

    • tiada pendudukan sementara mana-mana tanah boleh dibenarkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang berhubungan dengan tanah.

     

    • tiada lesen bagi pemungutan hasil hutan di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang berhubungan dengan hutan boleh dikeluarkan kepada orang yang bukan Orang Asli yang biasanya bermastautin di dalam kawasan Orang Asli itu atau kepada mana-mana perusahaan komersial tanpa berunding dengan Ketua Pengarah dan dalam memberikan apa-apa lesen sedemikian bolehlah diperintahkan supaya suatu kadar tertentu buruh Orang Asli diambil kerja.

    Sekiranya mana-mana tanah ingin disingkirkan daripada terus menjadi Kawasan atau Rizab Orang Asli, peruntukan dibawah seksyen 12 berkaitan perihal pampasan hendaklah dipatuhi dan mestilah berpandukan nilaian JPPH mengikut konsep di bawah Akta Pengambilan Tanah 1960 (APT 1960). Manakala sekiranya berlaku dimana terdapat harta tak alih seperti yang bukan tanah kerajaan, yang perlu diisytiharkan sebagai Kawasan atau Rizab Orang Asli, Kerajaan  boleh membuat pengambilan tanah seperti yang diperuntukkan di dalam APT 1960. Berkaitan isu tanah yang didiami oleh Orang Asli yang masih belum diwartakan dan kawasan tersebut telah pun diisytiharkan sebagai Rizab Hutan dan lain-lain rizab, peruntukan sekyen 10, Akta 134 hendaklah dipatuhi. Seksyen tersebut jelas mengatakan bahawa Orang Asli tidak berkewajipan untuk meninggalkan kawasan tersebut dan boleh terus bermastautin didalamnya mengikut syarat dan kaedah yang ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Negeri. Kerajaan Negeri juga boleh mengecualikan Orang Asli daripada sebarang tindakan penguatkuasaan undang-undang bertulis yang terpakai di atas rizab – rizab tersebut.

    Selain itu bagi mengelakkan tanah dan masyarakat Orang Asli daripada dieksploitasi oleh individu dan syarikat tertentu, setiap kemasukan individu bukan Orang Asli, syarikat dan Badan Bukan kerajaan ke perkampungan / kawasan Orang Asli hendaklah mendapat kebenaran daripada JAKOA agar pemantauan dapat dibuat. Dengan penguatkuasaan sepenuhnya Akta 134 diperingkat Kerajaan Negeri melalui kerjasama semua jabatan dan pihak yang berkaitan, usaha dalam melindungi tanah Orang Asli sudah pastinya akan membuahkan hasil.

    Satu lagi akta yang mempunyai kuasa undang-undang  yang luas adalah Kanun Tanah Negara 1965 (Akta 56/1965). Memandangkan tanah Orang Asli masih merupakan tanah Kerajaan, tindakan penguatkuasaan boleh diambil melalui akta ini. Jabatan dan agensi yang terlibat boleh menjalankan penguatkuasaan mengikut Seksyen 425, KTN 1965 bagi sebarang pencerobohan, penyalahgunaan tanah rizab,  pendudukan tak sah dan yang seumpama dengannya. Penguatkuasaan seksyen 426 dibawah akta yang sama juga boleh dibuat terhadap sebarang pencabutan atau pemindahan bahan batuan secara tak sah di dalam Kawasan / Rizab Orang Asli.

Lampiran

Tiada Lampiran.