Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020
16 Mac 2020 - 17 Mac 2020
147) ANJING LIAR
Tahun: 2020
Sesi: 1
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Mohd Zawawi Bin Ahmad Mughni
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah perancangan Kerajaan untuk mengatasi populasi haiwan terbiar seperti anjing liar?
Untuk makluman Ahli-ahli Yang berhormat, Perancangan Kerajaan Negeri Selangor bagi mengawal populasi haiwan terbiar seperti anjing liar adalah dengan :
- Kerajaan Negeri akan mewajibkan setiap anjing baka Mongrel dan Mixbreed supaya dimandulkan dahulu sebagai syarat lesen anjing bagi mengawal populasi anjing liar;
- Kempen pelesenan anjing ;
- Operasi bersepadu penangkapan anjing liar secara berterusan berdasarkan aduan dan pemantauan; dan
- Mengadakan program anjing angkat sepanjang tahun di mana anjing-anjing yang terbiar yang ditangkap akan diberi kepada orang awam yang ingin memelihara anjing tersebut.
-
Berapakah jumlah anjing yang telah ditangkap oleh pihak berkuasa tempatan dalam tempoh setahun dan apakah tindakan yang dilakukan selepas itu?
- Sebanyak 29,463 ekor tangkapan anjing oleh pihak berkuasa tempatan bagi tahun 2019 dan princian jumlah tangkapan seperti berikut:
PBT JUMLAH TANGKAPAN ANJING TAHUN 2019
MBSA 5,057 ekor MBPJ 682 ekor MPK 5,112 ekor MPAJ 878 ekor MPSJ 929 ekor MPS 1,196 ekor MPKj 11,189 ekor MPSp 1,301 ekor MPKL 556 ekor MDHS 1,780 ekor MDKS 580 ekor MDSB 203 ekor JUMLAH 29,463 ekor Nota : Sumber Pihak Berkuasa Tempatan
Beberapa tindakan yang diambil oleh Kerajaan Negeri selepas tangkapan dilakukan adalah seperti berikut ;
- Mengadakan program anjing angkat sepanjang tahun di mana, anjing-anjing terbiar yang ditangkap akan diberi kepada orang awam yang ingin memelihara anjing tersebut;
- Menjalankan suntikan Euthanasia ke atas anjing-anjing terbiar yang ditangkap melebihi 7 hari atau yang mempunyai penyakit;
- Mengambil tindakan penguatkuasaan ke atas pemilik-pemilik anjing yang menuntut anjing peliharaan yang ditangkap kerana membiarkan anjing berkeliaran tanpa kawalan; dan
- membuat proses pemandulan ke atas anjing-anjing yang ditangkap sebelum anjing diberi kepada pemilik baru bagi menggelakkan populasi.
-
Apakah kaedah pemandulan membantu mengatasi populasi anjing liar ini?
Kaedah pemandulan merupakan salah satu kaedah mengawal populasi anjing berberkeliaran dengan mengawal kelahiran yang tidak diperlukan. Kaedah ini boleh digunakan bagi anjing peliharaan dan juga anjing liar.