Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

16 Mac 2020 - 17 Mac 2020

139) KONTRAKTOR KDEB

Tahun: 2020

Sesi: 1

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Nyatakan penjadualan kutipan sampah mengikut kawasan Hulu Selangor?

    Kekerapan kutipan sampah di semua PBT yang dikendalikan oleh KDEBWM adalah seragam termasuk di kawasan Hulu Selangor. Bagi kawasan perumahan atas tanah (landed property), kekerapan kutipan adalah tiga (3) kali seminggu sama ada hari Isnin, Rabu, Jumaat atau Selasa, Khamis dan Sabtu. Bagi kawasan rumah bertingkat (strata) dan komersial, kekerapan kutipan adalah tujuh (7) kali seminggu (setiap hari). Jadual kutipan sampah akan dihantar oleh KDEBWM secara berkala ke MDHS untuk semakan dan bagi tujuan pemantauan. Jadual kutipan juga telah diedarkan kepada ahli – ahli majlis termasuk di dalam kawasan DUN Hulu Bernam. Jadual kutipan turut diberikan kepada wakil -wakil penduduk berdasarkan permintaan.  Untuk jadual kutipan yang terperinci, pihak YB bolehlah berhubung terus dengan Pejabat  KDEBWM Cawangan Hulu Selangor yang terletak di Batang Kali.

  2. Nyatakan bilangan kontraktor yang dianugerahkan kontraktor pembersihan kawasan dan apakah kriteria utama bagi menilai prestasi kerja pembersihan?

    Untuk kerja-kerja pembersihan awam, daripada keseluruhan dua belas (12) kawasan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), KDEBWM telah beroperasi di sebelas (11) PBT kecuali Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA). Bilangan keseluruhan kontrak pembersihan awam yang telah dianugerahkan oleh KDEBWM kepada sub-kontraktor di sebelas (11) PBT adalah sebanyak 518. Bagi kawasan Hulu Selangor, bilangan kontrak pembersihan awam yang telah diberikan kepada sub-kontraktor adalah sebanyak 34. Kriteria utama dalam menilai prestasi kerja pembersihan yang dijalankan adalah berdasarkan jumlah aduan yang diterima dan juga jumlah Notis Tindakan Pembetulan (NTP) yang dikeluarkan. Setiap aduan yang diberikan akan disemak kesahihannya oleh pihak KDEBWM dan dimajukan kepada pihak sub-kontraktor untuk tindakan lanjut dalam tempoh 24 jam. Sekiranya dalam tempoh 24 jam aduan masih tidak diambil sebarang tindakan, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) akan mengeluarkan Notis Tindakan Pembetulan (NTP) kepada KDEBWM yang melibatkan denda penolakan bayaran mengikut kadar tertentu dan pemotongan markah demerit seperti yang telah dipersetujui oleh KDEBWM bersama Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang bekenaan. KDEBWM tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan yang sewajarnya termasuk menamatkan perkhidmatan mana-mana kontraktor yang tidak menunjukkan tahap prestasi yang telah ditetapkan oleh KDEBWM dan juga PBT.

     

     

Lampiran

Tiada Lampiran.