Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020
16 Mac 2020 - 17 Mac 2020
129) PUSAT WANITA BERDAYA (PWB) SELANGOR
Tahun: 2020
Sesi: 1
Isu: Wanita & Keluarga
Adun: Y.B. Tuan Borhan Bin Aman Shah
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Nyatakan prestasi tahunan bilangan program dan implikasi kewangan PWB Selangor sejak ia ditubuhkan (2014 - kini).
Untuk makluman Yang Berhormat Tanjung Sepat, bagi tahun 2018, perjawatan Penyelia-penyelia PWB telah ditamatkan sebaik sahaja pembubaran DUN berlaku pada bulan April 2018. Pelantikan Penyelia-penyelia PWB yang baru hanya dapat dilaksanakan pada 1 September 2018, setelah melalui proses pemilihan dan temuduga. Justeru itu, laporan program-program yang akan saya bentangkan ini adalah program-program yang dijalankan bermula bulan September 2018 sehingga Disember 2019 sebagaimana berikut:
Tahun Bilangan Program Jumlah perbelanjaan September – Disember 2018 479 RM877,483.75 Januari – Disember 2019 1319 RM2,617,205.68 -
Adakah cadangan penambahan peruntukan program PWB untuk masa akan datang
Buat masa ini tiada cadangan penambahan peruntukan bagi Program Pusat Wanita Berdaya (PWB) untuk masa akan datang. Namun, program Pusat Wanita Berdaya (PWB) akan menggunakan peruntukan sedia ada dengan membuat perbelanjaan secara berhemah.