Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

16 Mac 2020 - 17 Mac 2020

118) KLINIK KERAJAAN

Tahun: 2020

Sesi: 1

Isu: Kesihatan

Adun: Y.B. Tuan Harumaini Bin Haji Omar

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah usaha kerajaan untuk mempercepatkan pembinaan Klinik Kesihatan Bukit Sentosa yang baru kerana faktor keperluan yang sangat mendesak akibat daripada jumlah penduduk yang semakin meningkat saban tahun?

    Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) telah memasukkan cadangan pembinaan projek Klinik Kesihatan Bukit Sentosa, Hulu Selangor di dalam RMK-12 (RP-1) dan telah diangkat ke KKM.

    Pada masa ini penduduk sekitar Bukit Sentosa, Hulu Selangor boleh mendapatkan perkhidmatan kesihatan di Klinik Komuniti (KKom) Bukit Sentosa bagi rawatan pesakit luar dan Klinik Kesihatan Ibu & Anak (KKIA) Bukit Sentosa bagi rawatan ibu mengandung (antenatal & postnatal) dan kesihatan anak

Lampiran

Tiada Lampiran.