Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020
16 Mac 2020 - 17 Mac 2020
112) STADIUM SHAH ALAM
Tahun: 2020
Sesi: 1
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Dato' Dr Ahmad Yunus Bin Hairi
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah status terkini keselamatan bumbung Stadium Shah Alam?
Usia Stadium Shah Alam yang melebihi 25 tahun telah menjadikan sebilangan panel bumbung polycarbonate rapuh (brittle) disebabkan oleh factor usia dan cuaca. Untuk menjamin keselamatan penonton yang mengunjung Stadium Shah Alam, panel bumbung yang rapuh telah di pecahkan untuk mengelak serpihan dari jatuh keatas penonton. Kerja kerja ini telah selesai di jalankan dan keadaan stadium adalah selamat untuk kegunaan ramai.
-
Apakah perancangan Kerajaan Negeri bagi menangani isu tersebut
Kerajaan Negeri Selangor amat prihatin akan keadaan semasa Stadium Shah Alam. Proses untuk menukar bumbung stadium sedang di kaji dan akan lakukan dengan mengutamakan cara pembiayaan yang kreatif ( Creative Financing) dan tidak membebankan kerajaan negeri, sebagai contoh:
- Pembiayaan berkala ( Staggered Payment Method)
- Pembiayaan melalui Dana Pembangunan
- Pembiayaan melalui Kerjasama Pembangunan