Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

16 Mac 2020 - 17 Mac 2020

111) PROGRAM KEUSAHAWANAN SELANGOR

Tahun: 2020

Sesi: 1

Isu: Usahawan

Adun: Y.B. Datuk Rizam Bin Ismail

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah langkah dan inisiatif yang diberikan kepada golongan belia dan ibu tunggal untuk mula berniaga?

    Untuk makluman Yang Berhormat, Program Pembangunan Usahawan Selangor tidak mensasarkan golongan tertentu malah ia terbuka kepada semua golongan usahawan termasuklah belia dan ibu tunggal untuk meningkatkan diri, perniagaan dan menjana ekonomi keluarga. Berikut merupakan insentif yang disediakan :

    DANA USAHAWAN MIKRO SELANGOR

    Dana Usahawan Mikro Selangor merupakan program khas untuk membantu usahawan mikro di Negeri Selangor bagi meningkatkan hasil jualan dan sekaligus melahirkan usahawan-usahawan yang berdaya tahan, berdaya saing dan berdaya maju.  Setiap tahun sekurang-kurangnya 100 usahawan mendapat manfaat daripada bantuan ini.

     

    • Setiap tahun Kerajaan Negeri memperuntukkan sebanyak RM250,000.00 bagi setiap daerah untuk menyalurkan bantuan kepada pemohon yang layak. Seorang pemohon layak menerima bantuan sehingga RM30,000.00.  Skop bantuan adalah seperti berikut:
    • Bantuan pembelian mesin / peralatan / perkakasan;
    • Meningkatkan kualiti premis/perniagaan iaitu mengubahsuai/menaiktaraf;
    • Lain-lain keperluan yang mempunyai nilai tambah dan mampu melonjakkan pembangunan usahawan mikro di negeri Selangor.

    PAMERAN/EKSPO

    Program ini bertujuan untuk mengembangkan lagi permintaan pasaran produk para usahawan di negeri Selangor dimana Kerajaan Negeri melalui Jawatankuasa Tetap Pembangunan Usahawan akan menyertai ekspo dan pameran diperingkat tempatan dan juga antarabangsa.  Antara ekspo dan pameran yang disertai oleh Kerajaan Negeri adalah seperti Malaysia International Halal Showcase (MIHAS), Selangor International Business Summit (SIBS) dan Satu Daerah Satu Industri (SDSI). Usahawan yang berkelayakan akan ditawarkan untuk menyertai ekspo/ pameran ini bagi mewakili delegasi Negeri Selangor.

    KURSUS/LATIHAN 

    Kerajaan Negeri menganjurkan kursus-kursus untuk usahawan diperingkat permulaan bagi memberi pendedahan dari segi persiapan produk untuk menembusi pasaraya tempatan dan antarabangsa.   Modul kursus terdiri daripada asas perniagaan dan kewangan, penjenamaan produk, pensijilan produk serta pemasaran online dan ke rangkaian pasaraya.

    PROGRAM PEMBUNGKUSAN PRODUK MADE IN SELANGOR

    Kerajaan Negeri juga menyediakan Program Pembungkusan Produk Made In Selangor (MIS) kepada usahawan yang sudah bersedia untuk mempertingkatan mutu pembungkusan dan pensijilan produk.  Peserta yang mengikuti program ini akan menerima pensijilan produk, rekabentuk jenama, pendaftaran jenama (MyIPO) dan cetakan pembungkusan yang diperbaharui.

    PINJAMAN MIKROKREDIT HIJRAH SELANGOR

    HIJRAH Selangor menyediakan pinjaman kewangan berperingkat bermula tahun 2015.  Ia merupakan satu sistem pengeluaran modal yang mudah, cepat dan tidak membebankan kepada penjaja dan peniaga kecil yang menghadapi masalah kekurangan modal, dan peluang mendapatkan modal tambahan.  Pinjaman berperingkat ini dikategorikan mengikut skim 1 – 4 dan jumlah kelulusan diberikan sehingga RM50,000.00 mengikut syarat-syarat tertentu.

  2. Nyatakan jumlah usahawan belia dan wanita mengikut kawasan yang telah mengikuti program pinjaman hijrah

    Program Hijrah Selangor telah beroperasi mulai Mac 2015 merupakan program Mikrokredit Bersepadu bertujuan untuk melebarkan golongan kelas menengah di Negeri Selangor melalui penyaluran modal dan modal tambahan secara efisien kepada golongan miskin yang dikenalpasti dan penjaja serta peniaga-peniaga kecil. Bagi mencapai matlamat tersebut, Hijrah Selangor menawarkan 2 jenis skim pinjaman iaitu

     

    •  Pinjaman berbentuk modal tambahan (RM1,000.00 -RM50,000.00); dan
    • Pinjaman Zero To Hero dimana HIJRAH Selangor memilih dan melantik Anchor Company yang berpotensi untuk melaksanakan ”system mentoring” (melatih dan memantau). Usahawan akan diberikan latihan dan peralatan perniagaan untuk memulakan perniagaan dengan pemantauan selama 6 bulan daripada syarikat peneraju.

     

    Sehingga kini, sejumlah 8,121 usahawan belia dan 28,740 wanita yang telah mengikuti program pinjaman HIJRAH Selangor.  Berikut merupakan perincian mengikut kawasan:

     

    Usahawan Belia

     

    ZON CAWANGAN BELIA
      CAWANGAN KAPAR 449
      CAWANGAN KLANG 430
      CAWANGAN KOTA RAJA 328
      CAWANGAN KUALA SELANGOR 314
      CAWANGAN SABAK BERNAM 546
      CAWANGAN SHAH ALAM 371
      CAWANGAN SUNGAI BESAR 781
      CAWANGAN TANJUNG KARANG 400
    ZON 1 JUMLAH ZON 3619
      CAWANGAN AMPANG DAN PANDAN 356
      CAWANGAN HULU LANGAT 351
      CAWANGAN KUALA LANGAT 531
      CAWANGAN PUCHONG 239
      CAWANGAN SEPANG 531
      CAWANGAN SERDANG 329
    ZON 2 JUMLAH ZON 2337
      CAWANGAN GOMBAK 465
      CAWANGAN HULU SELANGOR 276
      CAWANGAN KELANA JAYA DAN PETALING JAYA  
      SELATAN 326
      CAWANGAN PETALING JAYA UTARA 408
      CAWANGAN SELAYANG 253
      CAWANGAN SUBANG 437
    ZON 3 JUMLAH ZON 2165
         
    JUMLAH KESELURUHAN   8,121

     

    Usahawan Wanita

     

    ZON CAWANGAN PEREMPUAN
      CAWANGAN KAPAR 1,774
      CAWANGAN KLANG 1,183
      CAWANGAN KOTA RAJA 1,381
      CAWANGAN KUALA SELANGOR 1,393
      CAWANGAN SABAK BERNAM 1,255
      CAWANGAN SHAH ALAM 1,199
      CAWANGAN SUNGAI BESAR 1,624
      CAWANGAN TANJUNG KARANG 1,068
    ZON 1 JUMLAH ZON 10,877
      CAWANGAN AMPANG DAN PANDAN 1,193
      CAWANGAN HULU LANGAT 1,595
      CAWANGAN KUALA LANGAT 1,863
      CAWANGAN PUCHONG 1,042
      CAWANGAN SEPANG 2,090
      CAWANGAN SERDANG 1,364
    ZON 2 JUMLAH ZON 9,147
      CAWANGAN GOMBAK 1,353
      CAWANGAN HULU SELANGOR 1,506
      CAWANGAN KELANA JAYA DAN PETALING JAYA  
      SELATAN 1,252
      CAWANGAN PETALING JAYA UTARA 1,414
      CAWANGAN SELAYANG 1,342
      CAWANGAN SUBANG 1,849
    ZON 3 JUMLAH ZON 8,716
    JUMLAH KESELURUHAN   28,740

Lampiran

Tiada Lampiran.