Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020
16 Mac 2020 - 17 Mac 2020
107) MASJID BARU (JUMLAH 2)
Tahun: 2020
Sesi: 1
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Tuan Shatiri Bin Mansor
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Masjid Kota Damansara 2 - Sejauh manakah tindakan kerajaan bertanggungjawab untuk memastikan masjid ini terbina mengikut jadual ?
Masjid Kota Damansara 2:-
- Masjid Kota Damansara 2 masih dalam perancangan oleh Pihak JKR.
- Peruntukan untuk Pembinaan masjid ini ialah,sebanyak RM 20 juta.
-
Masjid Subang Bestari - Sejauh manakah tindakan kerajaan bertanggungjawab untuk memastikan masjid ini terbina mengikut jadual?
- Masjid Subang Bestari :-
- Peruntukan untuk Pembinaan masjid ini ialah,sebanyak RM 20 juta.
- Permohonan Kebenaran Merancang (KM) akan dikemukakan kepada pihak OSC selewat-lewatnya pada hujung bulan Mac 2020.
- Status semasa pelaksanaan projek adalah diperingkat Rekabentuk Terperinci bagi tujuan penyediaan tender.
- Jangka tender adalah pada bulan Ogos 2020.
- Pemantauan secara berkala di mana mesyuarat akan diadakan pada setiap bulan bersama pihak pelanggan, pelaksana, perunding dan pihak berkaitan bagi memastikan Pembinaan masjid ini terbina mengikut jadual.