Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

16 Mac 2020 - 17 Mac 2020

106) HAD TEMPOH SEWAAN UNIT-UNIT PERNIAGAAN DI BAWAH MAJLIS PERBANDARAN

Tahun: 2020

Sesi: 1

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Ronnie Liu Tian Khiew

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah polisi menghadkan tempoh sewaan unit-unit sewaan kepada maksima 10tahun terpakai untuk semua PBT?

    Buat masa ini, PBT masih belum melaksanakan polisi mengehadkan tempoh sewaan unit-unit sewaan kepada maksima 10tahun. Penentuan tempoh sewaan di PBT adalah berbeza-beza berdasarkan faktor perniagaan dan lokasi masing-masing.

  2. Bagi unit kedai, apakah ada proses rayuan kepada peniaga yang terpaksa keluar sedangkan mereka telah mengeluarkan modal besar bagi memasang pendingin hawa dan sebagainya?

    Peniaga yang melakukan kesalahan kali pertama dan ditarik hak sewaan dibenarkan membuat rayuan. Rayuan tersebut akan dibentangkan di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kewangan PBT dan kebiasaan kesalahan kali pertama adalah disyorkan untuk diluluskan dengan syarat mematuhi syarat-syarat perjanjian sewaan. Bagi kesalahan kali kedua dan ke atas, rayuan tersebut hanya akan di bawa ke dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kewangan sekiranya mendapat sokongan bertulis daripada Ahli Majlis atau ADUN untuk di bentangkan dan dibincangkan. Keputusan rayuan adalah tertakluk kepada keputusan ahli Mesyuarat.

Lampiran

Tiada Lampiran.