Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

16 Mac 2020 - 17 Mac 2020

92) PEMBANGUNAN TEKNOLOGI 5G

Tahun: 2020

Sesi: 1

Isu: Sains, Teknologi & ICT

Adun: Y.B. Tuan Borhan Bin Aman Shah

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah status perlaksanaan teknologi 5G di Negeri Selangor?

    Kerajaan Pusat melalui agensi yang telah dipertanggungjawab Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (Malaysian Communications and Multimedia Commission – MCMC) telah melaksanakan beberapa projek demonstrasi untuk memberi pendedahan kepada rakyat berkenaan aplikasi dan guna pakai (functional use cases) teknologi berkaitan dengan 5G. Di Negeri Selangor terdapat beberapa projek demonstrasi khusus yang dilaksanakan oleh pembekal perkhidmatan dan syarikat telekomunikasi sedia ada. Projek-projek tersebut termasuklah :

     

    No Penyelesaian Vertikal Lokasi Pembekal Perkhidmatan Butiran
    1 Digital Healthcare 5G
    OpenLab@RekaSpace.Cyberjaya
    Digi Remote Diagnosis/Monitoring and Connected Ambulance
    Digi Real Time Medical Time Transfer
    U-Mobile Remote Consultation with Medcom
    U-Mobile Doctor On-Call

     

    2 Education 5G
    OpenLab@RekaSpace.Cyberjaya
    Digi Virtual Maker Space (Collaborative VR)
    Maxis Augmented Reality Experiental Content
    Maxis eKelas-Enhanced Education
    3 Entertainment/Media 5G
    OpenLab@RekaSpace.Cyberjaya
    Altel TV Broadcast over 5G
    Digi Interactive AR with Avatar
    TM Virtual Reality and Augmented Reality (vGames-eSports), (vGames-eConcerts)
    4 Smart City 5G
    OpenLab@RekaSpace.Cyberjaya,

     

    UiTM Shah Alam,

     

    MPSJ,

     

    Gamuda Cove,

     

    Dengkil,

     

    MBPJ,

    Altel High Speed Mobile Internet Access for Tourist
    Celcom 5G Live Video Surveillance
    Edotco Smart Airport

     

    Edotco Smart Travel

     

    Maxis Robot Concierge

     

    Maxis Augmented Reality

     

    Maxis Smart Street Lighting

     

    TM Smart Traffic Lights Solutions
    TM Smart Safety & Security Solutions
    TM Smart Parking Solutions
    TM Smart Digital Signage
    TM Retail Footfall Analytics (ACE)
    TM Smart Water Meter System (RITA)
    TM Fleet management System (CONVES)
    TM Smart Safety & Incident Management (Smart Helmet)
    TM Geo Location and Services (Pesafe)
    Digi, Edotco, Maxis, U-Mobile Fixed Wireless Access (FWA)

     

  2. Nyatakan kos yang telah dibelanjakan untuk penaiktarafan teknologi di Negeri Selangor

    Syarikat-syarikat telekomunikasi dan penyedia perkhidmatan sedia ada tidak berkongsi secara khusus perbelanjaan pembangunan dan menaiktaraf infrastruktur teknologi khususnya untuk Negeri Selangor. Akan tetapi, menurut laporan daripada MCMC, sejumlah RM116 Juta secara keseluruhannya telah dibelanjakan oleh syarikat-syarikat telekomunikasi dan penyedia perkhidmatan untuk menjayakan Projek Demonstrasi 5G pada tahun 2019.

  3. Apakah status kesiapsagaan Pentadbiran Negeri Selangor dalam penerimaan teknologi 5G ini?

    Teknologi 5G menjanjikan hubungan yang lancer dan tidak terbatas (seamless) di antara manusia dengan aplikasi dan jaringan pintar. Secara langsung ia akan menjanakan penggunaan data dengan skala yang besar. Keperluan daripada permintaan penggunaan data yang tinggi dan kependaman yang rendah (high bandwidth, low latency) ini, hanya boleh dicapai dengan adanya rangkaian gentian optic yang meluas dan mempan kepada penyedia perkhidmatan. Untuk pengetahuan YB, Teknologi 5G ini masih baharu dan belum terpasang dengan menyeluruh. Pengembangan rangkaian gentian optic juga adalah tidak meluas dan hanya tertumpu kepada Kawasan yang hanya dapat memberikan pulangan yang cepat dan banyak kepada pembekal perkhidmatan sedia ada. Walau bagaimanapun, sebagai bakal pengguna teknologi yang baru, pentadbiran kerajaan negeri adalah sentiasa terbuka dan bersedia untuk mengguna pakai teknologi terkini kerana ianya dapat menambahkan kecekapan dan mempercepatkan perkhidmatan kepada rakyat. Ini Selaras dengan program menambah baik modal insan, pembelajaran dan latihan secara berterusan yang diamalkan selaras dengan program perkembangan kerjaya penjawat awam yang diurus di peringkat Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan.

Lampiran

Tiada Lampiran.