Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020
16 Mac 2020 - 17 Mac 2020
91) PENULARAN WABAK CORONA VIRUS
Tahun: 2020
Sesi: 1
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Berikan maklumat terperinci kes corona virus di Selangor sehingga kini?
Sehingga 04 Mac 2020 (jam 4.00 petang) sebanyak 27 kes positif Coronavirus(Covid-19) telah didaftarkan di negeri Selangor.
-
Bagaimanakah Kerajaan Negeri membantu dalam mengawal penularan wabak ini?
- Menjalankan saringan di semua pintu masuk antarabangsa seperti (KLIA / KLIA2 / Lapangan Terbang Subang dan Pelabuhan Klang) terhadap pengembara yang memasuki Negara;
- Memberi taklimat berkenaan penyakit ini kepada agensi-agensi yang berkaitan seperti Agensi pelancongan dan syarikat yang mempunyai pekerja-pekerja dari negara yang terkesan dengan wabak ini;
- Orang ramai diminta mendapatkan maklumat terkini mengenai penyakit Covid -19 dan kaedah pencegahan melalui Portal rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia;
- Memberi nasihat kepada orang ramai mengenai amalan membasuh tangan dengan air dan sabun atau sanitiser dan etika batuk atau bersin;
- Memberi nasihat kepada orang ramai supaya memakai topeng muka untuk individu yang bergejala seperti batuk dan selsema dan mendapatkan rawatan dengan segera;
- Orang ramai diminta supaya menangguhkan perjalanan ke Negara-negara yang terkesan dengan wabak ini seperti China, Hong Kong, Taiwan, Macau, Jepun, Itali, Korea dan Iran; dan
- Anggota kesihatan digerakkan untuk membantu di pintu masuk antarabangsa dan Hospital.