Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

16 Mac 2020 - 17 Mac 2020

66) PENCEMARAN SUNGAI DI SELANGOR

Tahun: 2020

Sesi: 1

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Leong Tuck Chee

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Selangor sering mengalami pencemaran sungai. Senaraikan jumlah bilangan pencemaran yang melibatkan sungai dari tahun 2015 hingga 2019.

    Pencemaran sungai merupakan isu yang kerap kali berulang dan ada di antaranya menyebabkan henti tugas loji pembersihan air. Berikut disertakan jumlah pencemaran yang melibatkan sungai dan menyebabkan henti tugas Loji Pembersihan Air (LPA).

     

    Tahun Bilangan Kes Kecemasan
    2015 17
    2016 19
    2017 38
    2018 69
    2019 122

     

  2. Nyatakan tindakan yang telah diambil terhadap pesalah

    Berikut adalah senarai dan tindakan yang telah diambil bagi kes pencemaran sungai dari tahun 2013 hingga 2019 :

     

    Bil Nama Syarikat Tahun diambil Tindakan Seksyen Kesalahan Pertuduhan Status Kes
    1. Muhibbah Mok Sdn Bhd 2013 s.79(1) Enakmen LUAS 1999 Melepaskan bahan buangan yang mengandungi minyak tanpa lesen daripada Pengarah LUAS. Telah disabitkan dengan kesalahan dan dihukum denda sebanyak RM 5,000.00.
    2. Muhibbah Mok Workshop Sdn Bhd 2013 s.79(1) Enakmen LUAS 1999 Melepaskan bahan buangan yang mengandungi minyak tanpa lesen daripada Pengarah LUAS. Telah disabitkan dengan kesalahan dan dihukum denda sebanyak RM 5,000.00.
    3. Ng Kim Bok Workshop Sdn Bhd 2013 s.79(1) Enakmen LUAS 1999 Melepaskan bahan buangan yang mengandungi minyak tanpa lesen daripada Pengarah LUAS. Telah disabitkan dengan kesalahan dan dihukum denda sebanyak RM 5,000.00.
    4. i. H’ng Soo Chiew

     

    ii. Ng Kim Bok

    2013 s.79(1) Enakmen LUAS 1999 Sebagai Pengarah kepada NG KIM BOK REALTY SDN BHD melepaskan bahan buangan yang mengandungi minyak tanpa lesen daripada Pengarah LUAS. OKS 1 : RM 2500.00 atau penjara 2 bulan penjara (jika gagal bayar)

     

    OKS 2 : RM 2500.00 atau penjara 2 bulan penjara (jika gagal bayar)

    5. Masgenuine I-Berhad 2018 s.50(3) Enakmen LUAS 1999 Gagal mematuhi perintah Lembaga di bawah perenggan 4(b) Surat Arahan bertarikh 19 Mac 2013 yang dikeluarkan di bawah seksyen 50(2)(e) Enakmen Lembaga Urus Air Selangor 1999.

     

     

    Telah disabitkan dengan kesalahan dan dihukum denda sebanyak RM 45,000.00
    6. Devaraj a/l Shanmugam

     

     

    Maduraiveran Pillai a/l Nageswara

    2019 s.79(1)(d) Enakmen LUAS 1999 Menyebabkan pelepasan bahan buangan yang mengandungi minyak ke dalam sumber air tanpa lesen Pengarah LUAS. OKS 1 : Masih dalam prosiding perbicaraan.

     

    OKS 2 telah mengaku salah dan dihukum denda RM 25,000.00

     

Lampiran

Tiada Lampiran.