Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020
16 Mac 2020 - 17 Mac 2020
61) PENGURUSAN SISA PEPEJAL DAN PEMBERSIHAN AWAM DI NEGERI SELANGOR
Tahun: 2020
Sesi: 1
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Lai Wai Chong
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah jumlah sampah domestik (ton) dikutip oleh KDEB pada tahun 2019 (sehingga bulan Dis) mengikut setiap Pihak Berkuasa Tempatan?
- Pada tahun 2019, KDEB Waste Management (KDEBWM) telah menguruskan sampah domestik di sebelas (11) kawasan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) kecuali di Majlis Bandaraya Shah Alam. Secara keseluruhannya, KDEBWM telah melupuskan 1,339,291.19 tan sampah domestik pada tahun 2019, yang bersamaan dengan 4292.60 tan sampah domestik setiap hari di tapak pelupusan sampah yang diluluskan oleh Kerajaan Negeri. Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) merupakan PBT yang mencatatkan penjanaan jumlah sampah domestik tertinggi iaitu 240,426.20 tan sepanjang tahun 2019 atau secara puratanya sebanyak 770.60 tan sehari manakala Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB) merupakan PBT yang mencatatkan penjanaan sampah terendah iaitu sebanyak 22,773.88 tan atau secara puratanya sebanyak 72.99 sehari untuk tempoh yang sama. Data jumlah sampah domestik bagi semua PBT ini (kecuali Majlis Perbandaran Selayang) diperolehi dari sistem E-World yang dikendalikan oleh Worldwide Landfills Sdn. Bhd. Bagi Majlis Perbandaran Selayang (MPS), data jumlah sampah adalah dari KUB Berjaya Enviro Sdn. Bhd. yang mengendalikan Tapak Pelupusan Sanitari Bukit Tagar. Pecahan terperinci jumlah sampah domestik mengikut PBT bagi bulan Januari 2019 hingga Disember 2019 adalah seperti berikut:
Jumlah Sampah Domestik Mengikut PBT dari bulan Januari 2019 hingga Disember 2019
Bagi tempoh dari bulan Januari 2019 hingga Disember 2019, jumlah sampah pukal yang telah dilupuskan ke tapak pelupusan yang diluluskan oleh Kerajaan Negeri adalah sebanyak 293,725.05 tan yang bersamaan dengan 941.43 tan sehari. Data bagi berat sampah pukal ini adalah termasuk sisa pembersihan awam dan sampah kebun kerana kutipan sampah pukal adalah termasuk di dalam skop pembersihan awam. Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) mencatatkan jumlah sampah pukal tertinggi iaitu sebanyak 82,922.56 tan atau secara puratanya sebanyak 265.78 tan sehari manakala Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB) mencatatkan jumlah sampah pukal terendah iaitu hanya sebanyak 1,937.37 tan atau secara puratanya sebanyak 6.21 tan sehari untuk tempoh dari bulan Januari hingga Disember 2019. Data jumlah sampah pukal bagi semua PBT ini diperolehi dari sistem E-World yang dikendalikan oleh Worldwide Landfills Sdn. Bhd. Bagi Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS), sebahagian data jumlah sampah adalah dari MDHS yang mengendalikan sendiri Tapak Pelupusan di Sungai Sabai manakala data jumlah sampah pukal dari Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) sebahagiannya diperolehi dari Tapak Pelupusan Sisa Lengai Misi Restu di Sungai Lalang, Semenyih. Pecahan terperinci jumlah sampah pukal mengikut PBT bagi bulan Januari 2019 hingga Disember 2019 adalah seperti berikut:
Jumlah Sampah Pukal Mengikut PBT dari bulan Januari 2019 hingga Disember 2019

Apakah jumlah sampah pukal (ton) dikutip oleh KDEB pada tahun 2019 (sehingga bulan Dis) mengikut setiap Pihak Berkuasa Tempatan?
Tiada jawapan