Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020
16 Mac 2020 - 17 Mac 2020
46) KEKERAPAN PENGEMASKINIAN MAKLUMAT LAMAN WEB SSIPR DAN KERAJAAN NEGERI
Tahun: 2020
Sesi: 1
Isu: Sains, Teknologi & ICT
Adun: Y.B. Puan Jamaliah Binti Jamaluddin
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Senaraikan laman web aktif Kerajaan Selangor yang memaparkan maklumat berkaitan IPR atau kebajikan warga Selangor
Program Inisiatif Peduli Rakyat (IPR) yang diperkenalkan oleh Kerajaan Selangor bertujuan membantu meningkatkan taraf pendapatan rakyat di samping meringankan beban kos sara hidup yang tinggi yang dialami oleh golongan rakyat Selangor yang berpendapatan rendah. Kesemua 33 Program IPR giat dihebahkan kepada rakyat dalam pelbagai platform, di antaranya adalah melalui laman web dan media social. Berikut adalah senarai laman web aktif dan media social Kerajaan Selangor bagi saluran maklumat Inisiatif Peduli Rakyat (IPR) atau kebajikan warga Selangor :
- Portal Selangor : https://www.selangor.gov.my
– Portal Selangor dipautkan terus ke laman web Sistem Smart Inisiatif Peduli Rakyat (SSIPR).
– Menu khas IPR di Portal Selangor : Rakyat > Gerbang Perkhidmatan Awam > IPR
- Media Sosial Rasmi Kerajaan Negeri Selangor :
- Facebook :
https://www.facebook.com/selangorstategovernment/
– Twitter :
https://twitter.com/selangorgov
-
Berapa kerapkah Kerajaan Negeri mengemaskini maklumat-maklumat berkaitan dengan program-program kebajikan di laman web yang tersenarai, terutamanya www.ssipr.selangor.gov.my?
Kerajaan Negeri mengemaskini maklumat-maklumat berkaitan dengan program-program kebajikan / IPR di laman web seperti yang dimaklumkan sebentar tadi dengan kerap terutamanya apabila terdapat hebahan baharu bagi program-program tersebut.
Seperti contoh, hebahan pendaftaran bagi Skim Air Darul Ehsan (SADE) oelh Pengurusan Air Selangor kepada rakyat Selangor untuk permohonan baharu melalui www.ssipr.gov.my pada 30 September 2019 hingga 31 Disember 2019. Selain itu, hebahan bagi pengurusan dan laluan Bas Smart Selangor juga kerap dikemaskinin di dalam laman web untuk memudahkan para pengguna dan rakyat Selangor.
Halaman (Page) program IPR di Portal Selangor telah dipautkan terus ke laman web SSIPR sejak Oktober 2019 dan kini ditadbir oleh Communication Corporation Sdn Bhd (CCSB) sejak Oktober 2019.
Perkongsian hebahan melalui media social juga kerap dibuat di Facebook oleh pengendali IPR masing-masing seperti WiFI Smart Selangor, Hijrah, YAWAS dan lain-lain.