Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020
16 Mac 2020 - 17 Mac 2020
43) STATUS TERKINI PROSES PEMUTIHANAN KILANG HARAM
Tahun: 2020
Sesi: 1
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah status terkini proses pemutihan kilang haram?
Status terkini Program Pematuhan Syarat Dan Penguatkuasaan Kilang Tanpa Kebenaran Di Negeri Selangor adalah seperti berikut
- Beberapa siri taklimat telah diadakan sebanyak sembilan (9) kali dimana sambutan daripada pemilik tanah dan pengusaha kilang amat menggalakkan. Taklimat ini telah diadakan di kawasan Majlis Bandaraya Shah Alam, Majlis Perbandaran Subang Jaya, Majlis Perbandaran Klang, Majlis Perbandaran Kajang, Majlis Perbandaran Sepang, Majlis Perbandaran Kuala Langat, dan Majlis Daerah Hulu Selangor;
- Mesyuarat Jawatankuasa Khas Penyelesaian Kilang Tanpa Kebenaran Peringkat Negeri Selangor telah dan akan terus diadakan pada setiap bulan bagi memantau pelaksanaan Program Pematuhan Syarat Dan Penguatkuasaan Kilang Tanpa Kebenaran Di Negeri Selangor;
- Mesyuarat Jawatankuasa Khas Penyelesaian Kilang Tanpa Kebenaran Peringkat Daerah juga telah dijalankan bagi menimbang dan meluluskan permohonan mengubah kategori dan tukar syarat tanah di bawah seksyen 124(1)(a) dan (c) Kanun Tanah Negara 1965 (KTN), permohonan serah dan berimilik semula di bawah seksyen 204D KTN dan permohonan lanjut tempoh di bawah seksyen 197 dan 76 KTN.