Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020
16 Mac 2020 - 17 Mac 2020
42) WABAK CORONAVIRUS
Tahun: 2020
Sesi: 1
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Puan Elizabeth Wong Keat Ping
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Sila nyatakan statistik terkini berkenaan kes wabak Coronavirus di Negeri Selangor.
Sehingga 04hb. Mac 2020(jam 4.00 petang) – sebanyak 27 kes positif Coronavirus(Covid-19) telah didaftarkan di negeri Selangor.
-
Apa perancangan dan usaha Kerajaan Negeri bagi memberi kesedaran dan mengelakkan penularan wabak ini?
- Saringan di pintu masuk antarabangsa(KLIA/KLIA2/lapangan terbang Subang dan Pelabuhan Klang) terhadap pengembara yang memasuki Negara.
- Memberi taklimat berkenaan penyakit ini kepada agensi-agensi yang berkaitan seperti Agensi pelancongan dan syarikat yang mempunyai pekerja-pekerja dari negara yang terkesan dengan wabak ini.
- Orang ramai diminta mendapatkan maklumat terkini mengenai penyakit Covid -19 dan kaedah pencegahan melalui Portal rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia.
- Nasihat amalan membasuh tangan dengan air dan sabun atau sanitiser dan etika batuk kepada orang ramai.
- Nasihat supaya memakai topeng muka untuk individu yang bergejala seperti batuk dan selsema dan mendapatkan rawatan dengan segera.
- Orang ramai diminta menangguhkan perjalanan ke negara-negara yang terkesan dengan wabak ini(China, Hong Kong, Taiwan, Macau, Jepun, Itali, Korea dan Iran).
- Anggota kesihatan digerakkan untuk membantu di pintu masuk antarabangsa dan Hospital.