Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

16 Mac 2020 - 17 Mac 2020

40) PELANCONGAN

Tahun: 2020

Sesi: 1

Isu: Pelancongan

Adun: Y.B. Datuk Rizam Bin Ismail

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Nyatakan pelan tindakan Kerajaan Negeri Selangor untuk menghadapi tahun melawat Selangor tahun 2021?

    Kerajaan Negeri melalui Tourism Selangor telah bersedia untuk menjalankan aktiviti dan promosi sempena penganjuran kempen pelancongan Tahun Melawat Selangor 2021. Antara pelan tindakan yang telah dirancang adalah seperti yang berikut:

     

    1. Mempelbagaikan sasaran pasaran pelancongan kepada kategori ‘Short haul’ – Destinasi pelancongan domestik dan Asia Tenggara’, ‘Medium haul – Destinasi Pelancongan Asia, Australia & Afrika’ dan ‘Long haul – Destinasi Pelancongan Eropah, Amerika Utara dan Amerika Selatan’.

     

    1. Tumpuan utama kepada sektor pelancongan alam semulajadi (eco), sukan, perubatan, pendidikan, pelayaran mewah dan agro.

     

    • Menganjurkan kempen pengiklanan melalui platform digital dan atas talian (Online).

     

    1. Mempergiatkan penganjuran kempen promosi dalam negara dan luar negara serta meneroka pasaran baru seperti Rusia, Indonesia dan Australia.

     

    1. Pembangunan produk pelancongan klusterisasi yang memfokuskan kepada Pelancongan Eko, Pertanian, Sukan, Perubatan, Pendidikan dan Pelayaran Mewah.

     

    1. Penganjuran Acara Pelancongan berskala antarabangsa pada setiap bulan dan sepanjang tahun.
    • Program usahasama bersama penggiat industri pelancongan seperti Hotel, Agensi Pelancongan, Media, Syarikat Penerbangan.

     

    • Mengemaskini direktori pelancongan mengikut trend dan perkembangan pelancongan terkini.

     

    1. Mempromosikan pakej pelancongan bersepadu seperti ‘Experiential Tourism’ pakej melalui program Latihan Hos Komuniti Selangor.

     

    1. Memperkenalkan penjenamaan kempen, fokus, sasaran dan senarai penganjuran program promosi sepanjang Tahun 2020 (bermula pada bulan April 2020) dan sepanjang Tahun 2021.

     

  2. Senaraikan projek menaik taraf infrastruktur pelancongan mengikut PBT bagi tahun 2019 ?

    Pada tahun 2019, Kerajaan Negeri melalui Jawatankuasa Tetap Kebudayaan dan Pelancongan, Peradaban Melayu dan Warisan telah memperuntukkan dana sebanyak RM1.5 juta bagi tujuan menaik taraf projek-projek kecik pelancongan di dalam Negeri Selangor.

     

    Untuk makluman semua Ahli Dewan Negeri, Kerajaan Negeri tidak mempunyai senarai projek menaik taraf infrastruktur pelancongan mengikut Pihak Berkuasa Tempatan bagi tahun 2019 kerana pada tahun tersebut Kerajaan Negeri memfokuskan kepada projek menaik taraf Rumah Rehat Sri Berkat di Bukit Fraser dan 2 projek kecil yang telah dikenal pasti untuk dilaksanakan. Sehingga 31 Disember 2019, Kerajaan Negeri telah membelanjakan sebanyak RM1.393 juta bagi projek-projek yang dinyatakan seperti berikut:

     

    BIL PROJEK LOKASI AGENSI PELAKSANA PERUNTUKAN (RM)
    1. Menaik taraf Rumah Rehat Sri Berkat.

    Status: Masih dalam proses menaik taraf. Dijangka akan selesai pada tahun 2020

    Bukit Fraser, Majlis Daerah Hulu Selangor Jabatan Kerja Raya (JKR) Selangor 1,300,000.00
    2. Menaik taraf Paparan Digital Display Board di Galeri Diraja Sultan Abdul Aziz.

    Status: Selesai

    Galeri Diraja Sultan Abdul Aziz, Klang Tourism Selangor Sdn. Bhd. 30,000.00
    3. Kerja-kerja Menaik taraf Kolam Air Panas di Jalan Kachau Kg. Pasir Baru Mukim Semenyih.

    Status: Selesai

    Semenyih, Hulu Langat Pejabat Tanah dan Daerah Hulu Langat 63,000.00
    JUMLAH KESELURUHAN 1,393,000.00

     

    Bagi Kerja-kerja menaik taraf Rumah Rehat Sri Berkat di Bukit Fraser, kerja-kerja pembaikan dan menaik taraf masih lagi berjalan dan kini berada di fasa pendawaian kabel elektrik dan urusan pemasangan perkakasan dalaman.

     

     

     

Lampiran

Tiada Lampiran.