Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020
16 Mac 2020 - 17 Mac 2020
28) KEMUDAHAN WIFI
Tahun: 2020
Sesi: 1
Isu: Sains, Teknologi & ICT
Adun: Y.B. Tuan Dr. Idris Bin Ahmad
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Bilakah Kerajaan Negeri akan menaik taraf Wifi di kawasan luar bandar?
Memandangkan bahawa kontrak dengan penyedia perkhidmatan utama (Main Service Provider SP) akan berakhir pada Jun-2020, SMARTSEL bersama MBI dan Smart Selangor Delivery Unit (SSDU), telah memulakan perbincangan bagi menilai keberkesanan program ini dan seterusnya mengkaji model dan dasar baharu untuk pelan masa hadapan. Oleh yang demikian, peningkatan perkhidmatan, penaik tarafan dan penambahan hotspot & AP untuk Wifi Smart Selangor di kawasan luar bandar, akan dilakukan selepas model baru dan dasar yang lebih lestari dikenal pasti dan dimuktamadkan.