Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

16 Mac 2020 - 17 Mac 2020

24) E-KASIH

Tahun: 2020

Sesi: 1

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Tuan Chua Wei Kiat

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Nyatakan bilangan pemohon yang telah berjaya memohon Ekasih?

    1. Sehingga 6 Mac 2020, sebanyak 49,612 Ketua Isi Rumah (KIR) telah berdaftar di dalam sistem eKasih bagi Negeri Selangor.

     

    Jadual 1: Statistik Pendaftar eKasih dan Status Miskin di Negeri Selangor sehingga 6 Mac 2020

     

    STATUS MISKIN MISKIN TEGAR MISKIN TERKELUAR JUMLAH
      2,993 7,611 39,008 49,612
  2. Nyatakan berapa pemohonan yang diluluskan setiap bulan mengikuti daerah?

    1. Jumlah permohonan yang didaftarkan setiap bulan adalah mengikut borang yang lengkap diterima oleh Pejabat Pembangunan Negeri. Kelulusan adalah bergantung kepada hasil lawatan verifikasi dan jumlah pendapatan garis kemiskinan (PGK) negeri Selangor yang ditetapkan oleh Kementerian Hal Ehwal Ekonomi (MEA) seperti di Jadual 2. Bagi bulan Januari 2020 sebanyak 1,462 permohonan eKasih telah didaftarkan di dalam sistem eKasih bagi Negeri Selangor. Jumlah mengikut daerah adalah seperti Jadual 3 di bawah.

    Jadual 2: Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Negeri Selangor

     

    STRATA PENDAPATAN GARIS KEMISKINAN (PGK) 2016

    (RM BULANAN)

    Miskin Miskin Tegar
    Isi Rumah Per kapita Isi Rumah Per kapita
    Bandar 1,038 258 630 153
    Luar Bandar 951 223 626 143

     

    Jadual 3: Jumlah Pendaftaran eKasih mengikut daerah Negeri Selangor bulan Januari 2020.

     

    DAERAH JUMLAH
    GOMBAK 201
    HULU LANGAT 44
    HULU SELANGOR 128
    KLANG 129
    KUALA LANGAT 122
    KUALA SELANGOR 207
    PETALING 368
    SABAK BERNAM 179
    SEPANG 84
    JUMLAH 1,462

     

  3. Apakah usaha kerajaan untuk menambahbaik proses pemohonan?

    1. Antara usaha Pejabat Pembangunan Negeri Selangor di dalam usaha menambah baik proses permohonan eKasih adalah seperti berikut:

     

    1. Menyediakan borang daftar ringkas eKasih yang lebih mudah diisi.(Lampiran 1)
    2. Borang daftar ringkas diedarkan di Pusat Khidmat Masyarakat DUN dan Parlimen.
    • Membuka kaunter eKasih di bahagian Pembangunan Luar Bandar (PLB) setiap Pejabat Daerah.

    iv)        Membuka kaunter eKasih mengikut permintaan Pusat Khidmat                                           Masyarakat dan pejabat daerah pada hari Sabtu dan Ahad.

Lampiran

Tiada Lampiran.