Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

16 Mac 2020 - 17 Mac 2020

18) USAHA PENCEGAHAN DENGGI

Tahun: 2020

Sesi: 1

Isu: Kesihatan

Adun: Y.B. Puan Lim Yi Wei

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah status penyelidikan nyamuk Wolbachia dalam usaha mencegah denggi

    Hasil penyelidikan nyamuk berWolbachia oleh pihak IMR di Selangor pada 2017 menunjukkan keputusan yang positif dan memberangsangkan bagi kawalan denggi di 7 lokaliti denggi Petaling dan 2 lokaliti denggi di daerah Gombak. Kesemua lokaliti menunjukkan pengurangan kes denggi dan status lokaliti denggi di lokaliti berkenaan adalah terkawal.

    Fasa penyelidikan ini telah diteruskan ke fasa operasi di 8 lokaliti lain bermasalah denggi di Petaling pada 2019 dan tambahan 4 lokaliti lain pada tahun 2020. Projek ini juga diluaskan ke negeri lain seperti Pulau Pinang dan Johor di lokaliti terpilih.

     

  2. Apakah langkah Kerajaan Negeri untuk mencegah denggi selain daripada pemeriksaan rumah-ke-rumah oleh penduduk?

    Langkah untuk mencegah denggi selain daripada pemeriksaan rumah ke rumah oleh penduduk adalah melalui:

    i) Memperluas Pendididkan kesihatan denggi melalui platform applikasi idengue agar masyarakat mudah mendapatkan maklumat berkenaan denggi

    ii) Aktiviti pencegahan denggi melibatkan premis kerajaan dan kuarters kerajaan di negeri Selangor melalui Program Selangor Bebas Aedes Tempat Kerja dan Kuarters Kerajaan. Bermula April 2019 dan sedang dilaksana di semua daerah. Diselaraskan oleh Unit Peramncang ekonomi Kerajaan negeri Selangor dan dibantu secara teknikal oleh Unit Vektor JKN Selangor. Masih berada di fasa awal program.

    iii) Pengukuhan semula program pencegahan denggi di sekolah melalui Program Bebas Denggi Sekolah dan pemantauan pelaksanaan oleh pihak PKD/ JKNS secara bulanan.

    iv) Projek Wolbachia di daerah Petaling melibatkan pelepasan telur nyamuk ber-Wolbachia di 8 lokaliti bermasalah utama denggi. Masih diperingkat awal pelaksanaan dan diselia pantau sepenuhnya oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia.

    v) Pelaksanaan Outdoor Residual Spray (semburan racun serangga di dinding premis) bagi aktiviti pencegahan dan kawalan denggi di bangunan berstrata yang bersesuaian oleh pihak PKD. Diperluaskan di peringkat premis agensi yang berminat contohnya TUDM dan Appartment Kenanga di Hulu Langat.

  3. Apakah tindakan terhadap projek terbengkalai yang menjadi tempat pembiakan nyamuk Aedes?

    Pihak PKD melaksana Ops Gempur Aedes secara berkala di beberapa lokaliti berisiko denggi termasuk tapak bina. Tindakan perundangan seperti tindakan mahkamah akan dikenakan kepada pemilik projek yang mempunyai positif pembiakan.

     

     

Lampiran

Tiada Lampiran.