Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020
16 Mac 2020 - 17 Mac 2020
17) RUMAH KERAJAAN PRIHATIN
Tahun: 2020
Sesi: 1
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Azmizam Bin Zaman Huri
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Berapakah dan senaraikan projek rumah kerajaan prihatin pada tahun 2018 sehingga kini?
Untuk makluman Yang Berhormat Pelabuhan Klang, jumlah Bantuan Rumah di bawah Program Kerajaan Prihatin sejak tahun 2018 sehingga kini ialah sebanyak 138 projek yang melibatkan 9 daerah merangkumi bantuan bina baru rumah dan bantuan baikpulih rumah. Setiap permohonan akan ditapis dan diputuskan oleh Mesyuarat Jawatankuasa Pemilihan Rumah Kerajaan Prihatin. Senarai permohonan yang telah menerima Bantuan Rumah Kerajaan Prihatin daripada tahun 2018 sehingga kini mengikut pecahan daerah dan syarat – syarat program adalah seperti di Lampiran.
-
Berapakah nilai peratusan permohonan dan rumah yang telah siap?
Dari tahun 2018 sehingga kini, sebanyak 37 permohonan telah berjaya direkodkan bagi mendapatkan bantuan bina baru rumah merangkumi 9 daerah di negeri Selangor. Manakala sebanyak 101 permohonan berjaya selebihnya yang direkod adalah bantuan baikpulih rumah. Walau bagaimanapun, daripada keseluruhan kelulusan sebanyak 138 permohonan, hanya 72% yang telah siap dibina manakala selebihnya masih dalam tindakan oleh Pejabat Daerah dan Tanah yang berkenaan.
JUMLAH PENERIMA BANTUAN PROGRAM KERAJAAN PRIHATIN DARI TAHUN 2018 – 2019
TAHUN
DAERAH
2018 2019 JUMLAH MENGIKUT DAERAH BINA BARU BAIK PULIH BINA BARU BAIK PULIH KLANG 1 1 7 5 2 PETALING 2 2 1 5 10 KUALA LANGAT – – 3 8 HULU LANGAT 1 3 2 1 7 SABAK BERNAM 2 14 1 18 35 KUALA SELANGOR – – 3 12 4 GOMBAK 2 5 7 8 22 HULU SELANGOR – 1 2 7 10 SEPANG 2 8 1 3 10 JUMLAH KESELURUHAN 10 34 27 67 100 PETUNJUK JUMLAH BB – Bina Baru 37 BP – Baikpulih 101 Jumlah keseluruhan 138 SYARAT-SYARAT PERMOHONAN PROGRAM BANTUAN
RUMAH KERAJAAN PRIHATIN
- PENDAHULUAN
- Program ini merupakan salah satu usaha Kerajaan Negeri Selangor untuk membantu golongan miskin yang tidak mampu untuk menyediakan sendiri tempat berteduh / kediaman yang sempurna dan selesa.
- JENIS BANTUAN
- BANTUAN BINA BARU bagi rumah yang daif dan tidak selamat untuk didiami.
- BANTUAN BAIK PULIH bagi bahagian rumah yang mengalami kerosakan pada kos tidak melebihi RM20,000.00.
- SYARAT – SYARAT AM
- Bagi Bantuan Bina Baru : rumah asal / sedang didiami pemohon mesti dirobohkan keseluruhan bagi membina baru sebuah rumah baru di atas tapak asal rumah pemohon.
- Bagi Bantuan Baik Pulih : Kerosakan asas dan kritikal sahaja akan di baik pulih. Sebarang penambahan struktur baru tidak dibenarkan. (Ditentukan oleh Pejabat Daerah berkenaan dan Unit Perancang Ekonomi Negeri Selangor)
- SYARAT – SYARAT KELAYAKAN
- Terbuka kepada anak kelahiran Selangor atau pemohon yang bermastautin di negeri Selangor melebihi daripada lima belas (15) tahun. Pemohon-pemohon yang bukan kelahiran negeri Selangor mestilah dibuktikan telah menduduki kawasan berkenaan tidak kurang daripada lima belas (15) tahun. (Surat Pengesahan Pemastautin oleh Pejabat Daerah / Penghulu / Ketua Kampung)
- Pendapatan isi rumah pemohon hendaklah di bawah RM1,500.00 sebulan yang merangkumi tanggungan yang tinggal bersama di dalam rumah berkenaan. (Disertakan penyata pendapatan/pencen yang disahkan oleh Pejabat Daerah / Penghulu / Ketua Kampung)
- Umur pemohon adalah di antara 45 tahun hingga 75 tahun sahaja kecuali Orang Kurang Upaya (OKU).
- Hanya ketua keluarga sahaja yang layak memohon dan ketua keluarga mestilah merupakan ketua keluarga bagi isteri pertama sahaja.
- Pemohon yang mempunyai tanggungan sahaja akan dipertimbangkan. Terdapat bukti bahawa rumah berkenaan diduduki pemohon dan tanggungannya.
- Hanya satu keluarga sahaja yang layak menerima bantuan rumah.
- Pemohon yang memperoleh Tanah Kurniaan Kerajaan tidak akan dipertimbangkan untuk bantuan rumah.
- Rumah yang sedang dalam pembinaan atau terbengkalai tidak akan dipertimbangkan.
- Pemohon yang menumpang dan menyewa tidak akan dipertimbangkan.
- Keadaan rumah pemohon mestilah daif dan tidak sesuai untuk diduduki.
- Rumah pemohon mestilah berada di kawasan perkampungan tradisi / kampung baru yang mana rumah tersebut berada di atas tanah milik sendiri. Kedudukan tapak mestilah mempunyai / berdekatan dengan punca bekalan air dan elektrik serta bukan kawasan banjir.
- Tanah T.O.L. (Temporary Occupation License / Lesen Pendudukan Sementara) & Rezab Kerajaan tidak akan dipertimbangkan untuk bantuan kecuali dengan kebenaran bertulis daripada Pegawai Daerah berkenaan.
- Pemohon dikehendaki untuk melampirkan surat kebenaran menduduki / surat kuasa menduduki daripada tuan / pemilik tanah / waris – waris sekiranya tanah bukan hak milik pemohon. (Disahkan oleh Pesuruhjaya Sumpah)
- Pemohon yang telah mendapat bantuan baik pulih atau bina baru rumah daripada jabatan / agensi luar adalah tidak layak menerima bantuan rumah Program Kerajaan Prihatin.
- Mangsa bencana alam / kebakaran yang membuat permohonan Program Bantuan Rumah Kerajaan Prihatin selepas ditimpa musibah adalah tidak layak dipertimbangkan.
- Pemohon yang berjaya adalah tertakluk kepada pemulangan Surat Penerimaan Tawaran Bantuan Rumah dalam tempoh 14 hari dari tarikh penerimaan surat tersebut.
- Keputusan permohonan adalah tertakluk kepada pertimbangan Jawatankuasa Pemilihan Bantuan Rumah Kerajaan Prihatin yang bersidang.
- PERINGATAN
*Masalah keluarga & isu berkaitan hakmilik pemilikan tanah perlu diselesaikan di peringkat pemohon terlebih dahulu