Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020
16 Mac 2020 - 17 Mac 2020
16) RUMAH SELANGORKU LEWAT SIAP DAN TERBENGKALAI
Tahun: 2020
Sesi: 1
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Berapakah jumlah projek dan bilangan unit rumah di bawah projek Rumah Selangorku yang gagal disiapkan dan lewat dibina mengikut jadual?
Kerajaan Negeri telah mensasarkan 30,000 unit untuk disiapkan menjelang tahun 2023. Daripada keseluruhan jumlah tersebut, 11 projek telah siap dibina, 49 projek lagi sedang dalam pembinaan manakala 12 projek melibatkan 7,659 masih dalam perancangan. Walaubagaimanapun, sebanyak 5 projek yang melibatkan (2,185 unit) telah dikenal pasti oleh Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor sebagai lewat untuk disiapkan. Faktor kelewatan adalah seperti berikut: –
No Pemaju Bil. Unit Sebab Kelewatan 1 Elite Park Development Sdn. Bhd. (Mah Sing Group Berhad.) 244 Kerja rektifikasi struktur bangunan di tapak telah mengambil masa yang panjang untuk diselesaikan oleh pemaju 2 Luxstar Housing Development Sdn. Bhd. 850 Lewat disebabkan kegagalan mematuhi pelan bangunan yang telah diluluskan oleh PBT. Projek telah diserahkan kepada syarikat penglikuidasi 3 Prestige Improvement Sdn. Bhd. 204 Pemaju melewatkan kerja mengalihkan kabel dan paip syarikat utiliti yang berada di dalam tapak pembinaan 4 Serambi Padu Sdn. Bhd. 499 Projek yang dahulunya terbengkalai dan pemaju penyelamat mengambil masa untuk mematuhi syarat-syarat yang dikenakan oleh pihak utiliti. 5 Jitu Enigma Sdn. Bhd. 388 Pemaju telah digulungkan dan syarikat penerima dan pengurus (Receiver) yang dilantik memerlukan masa untuk melantik pemaju baharu. Jumlah Keseluruhan 2,185 -
Apakah puncanya kelewatan dan kegagalan tersebut?
Sama seperti di SUB(a)
-
Apakah langkah yang telah dan sedang diambil untuk mengatasi masalah tersebut?
Di antara langkah yang diambil oleh Kerajaan Negeri untuk mengatasi masalah projek lewat adalah seperti berikut: –
Pemaju adalah dikehendaki untuk mengemukakan jadual perlaksanaan projek sebaik kelulusan pembangunan di berikan oleh Kerajaan Negeri seterusnya projek tersebut akan dipantau secara berkala oleh pihak Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS).
Kerajaan Negeri juga telah mewujudkan sebuah Jawatankuasa Pemantauan Pembangunan Rumah Mampu Milik (Rumah Selangorku) yang mana fungsinya adalah seperti berikut: –
Mengenalpasti isu – isu berbangkit dan memastikan pemaju mematuhi syarat-syarat pembangunan projek Rumah Selangorku seperti mana yang diluluskan oleh Pihak Berkuasa Negeri.
- Menjadi pemudah cara bagi mendapatkan penyelesaian berkaitan masalah teknikal dalam pembangunan yang dihadapi oleh pemaju pihak pemaju dengan jabatan kerajaan atau syarikat pembekal dan utiliti.
Membuat pemantauan yang khusus kepada projek yang didapati lewat disiapkan yang mana pihak pemaju dipohon untuk mengemukakan pelan tindakan pemulihan projek kepada pihak jawatankuasa.
Mengesyorkan arahan drastik seperti pembekuan atau “stop work order” serta tindakan kaveat pendaftar ke atas tanah milik pemaju sekiranya pemaju didapati sengaja melewat-lewatkan pembinaan Rumah Selangorku