Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

16 Mac 2020 - 17 Mac 2020

11) PENEMPATAN SETINGGAN DAN PENDUDUKAN HARAM TANAH KERAJAAN

Tahun: 2020

Sesi: 1

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Dato' Mohd Imran Bin Tamrin

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah lokasi telah dikenalpasti masih ada pendudukan haram di atas tanah Kerajaan di Negeri Selangor?

    Bil Daerah Jumlah Lokasi
    1 Sabak Bernam 1
    2 Kuala Selangor 43
    3 Klang 119
    4 Kuala Langat 121
    5 Hulu Langat 2
    6 Sepang 15
    7 Petaling 34
    8 Gombak 4
    9 Hulu Selangor 29
    JUMLAH 368

    Secara keseluruhannya, terdapat 368 lokasi yang telah dikenalpasti masih ada pendudukan haram di atas Tanah Kerajaan di dalam Negeri Selangor. Setiap Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) telah mengeluarkan Notis Pentadbiran di bawah seksyen 425 Kanun Tanah Negara (KTN) ke atas semua penceroboh Tanah Kerajaan tersebut dan akan melaksanakan tindakan penguatkuasaan di bawah seksyen 425 KTN iaitu tindakan perobohan.

  2. Apakah perancangan Kerajaan untuk menyelesaikan isu pendudukan haram di tanah kerajaan?

    Kerajaan Negeri melalui Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) sentiasa melakukan pemantauan ke atas mana-mana Tanah Kerajaan mengikut daerah masing-masing. Tindakan awal iaitu pengeluaran Notis Pentadbiran di bawah seksyen 425 KTN serta disusuli dengan tindakan perobohan akan dapat memastikan pencerobohan Tanah Kerajaan tidak lagi berleluasa.

    Pejabat Tanah dan Galian Negeri Selangor (PTGS) bersama-sama dengan PDT sedang merangka suatu perancangan agar dapat mendakwa penceroboh-penceroboh Tanah Kerajaan ini seperti yang telah diperuntukkan di bawah seksyen 425 KTN iaitu pengenaan denda RM500,000.00 atau sepuluh (10) tahun penjara atau kedua-duanya sekali.

Lampiran

Tiada Lampiran.