Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

16 Mac 2020 - 17 Mac 2020

9) WANG CAGARAN

Tahun: 2020

Sesi: 1

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Mazwan Bin Johar

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapa lamakah tempoh maksima untuk sesebuah PBT memegang wang cagaran untuk sesuatu projek pembangunan?

    Pendeposit boleh menuntut wang cagaran yang dikenakan oleh PBT setelah tujuan kutipan wang cagaran dipenuhi dan pihak PBT berpuas hati segala obligasi pendeposit di bawah kontrak dipenuhi dan dilaksanakan termasuk membuat potongan apa apa bayaran yang kerajaan berhak ke atasnya.

  2. Apakah status wang cagaran tersebut sekiranya ianya tidak dituntut atau gagal dituntut oleh pihak pendeposit?

    Terdapat dua Status Wang cagaran di PBT iaitu cagaran aktif dan tidak aktif. Wang cagaran aktif adalah apa-apa bayaran cagaran yang tidak mencapai tujuan wang itu dikutip serta tidak memenuhi peruntukan apa-apa syarat dan peraturan yang telah ditetapkan oleh PBT dan pendeposit hanya membuat tuntutan setelah memenuhi maksud. Walau bagaimanapun bagi wang cagaran yang tidak aktif yang telah mencapai tujuan wang itu dikutip serta mematuhi apa-apa syarat dan peraturan yang telah ditetapkan oleh PBT dan tidak dituntut oleh empunya dalam satu tempoh masa tidak kurang daripada satu tahun, ianya hendaklah diserahkan kepada Pendaftar wang tidak dituntut selaras dengan Akta WTD 1968 Jabatan Akauntan Negara Malaysia. Pendeposit masih boleh membuat tuntutan di Pejabat Pendaftar Wang Tidak Dituntut.

     

     

Lampiran

Tiada Lampiran.