Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

16 Mac 2020 - 17 Mac 2020

166) FOOD BANK

Tahun: 2020

Sesi: 1

Isu: Industri Asas Tani

Adun: Y.B. Tuan Zakaria Bin Hanafi

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Sejauh mana keberkesanan projek Food Bank ini?

    Pelaksanaan bagi program Food Bank telah berada di peringkat akhir perbincangan dan dijangka akan dilaksanakan pada suku tahun kedua ini. Oleh kerana program Food Bank masih di peringkat perancangan, keberkesanannnya masih lagi tidak boleh dikenal pasti dan diukur.

  2. Senaraikan kawasan yang sudah memiliki Food Bank dan berapa peruntukan yang telah diberikan untuk projek Food Bank ini pada tahun 2019?

    Program Food Bank ini akan dilaksanakan di kawasan Projek Perumahan Rakyat (PPR) dengan pengkhususan pada keluarga dalam golongan ‘urban poor’ atau miskin bandar dan sebanyak RM5 juta akan diperuntukkan bagi program ini pada tahun 2020.

Lampiran

Tiada Lampiran.