Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020
16 Mac 2020 - 17 Mac 2020
152) RUMAH SELANGORKU
Tahun: 2020
Sesi: 1
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Datuk Rizam Bin Ismail
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah langkah Kerajaan Negeri berkaitan isu Rumah Selangorku yang terbengkalai khususnya yang telah digazetkan?
Berdasarkan rekod pihak Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), masih tiada Rumah Selangorku yang dikategorikan sebagai projek terbengkalai oleh pihak KPKT di Negeri Selangor. Untuk makluman Yang Berhormat, badan pengawal yang boleh mengisytiharkan suatu projek sebagai terbengkalai adalah pihak KPKT.
Di Negeri Selangor, terdapat beberapa projek Rumah Selangorku yang didapati telah lewat dan dikategorikan oleh pihak KPKT sebagai Projek Sakit. Projek tersebut telah mula dipantau secara oleh Jawatankuasa Kecil Pemulihan Projek Terbengkalai (JKPPT) di peringkat pihak berkuasa tempatan (PBT) yang mana akan memantau dan menjadi pemudah cara dalam memastikan kerja memulihkan projek yang sakit dan terbengkalai berjalan seperti dijadualkan disamping memastikan hak pembeli rumah yang terkesan dijelaskan oleh pihak pemaju penyelamat.
-
Berapakah kos Kerajaan Negeri Selangor untuk meneruskan projek Rumah Selangorku yang terbengkalai dalam setiap PBT?
Setakat ini, tiada sebarang peruntukan dikeluarkan oleh Kerajaan Negeri Selangor bagi memulihkan projek Rumah Selangorku memandangkan projek Rumah Selangorku adalah projek yang dimajukan oleh pihak pemaju swasta.