Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020
16 Mac 2020 - 17 Mac 2020
144) RIZAB KERAJAAN NEGERI
Tahun: 2020
Sesi: 1
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Nyatakan prestasi dan perbandingan rizab Kerajaan Negeri bagi tahun 2018-2019.
Jumlah Rizab Kewangan Negeri Selangor pada tahun 2018 adalah sebanyak RM2,135.37 juta meningkat kepada RM2,141.76 juta pada tahun 2019.
-
Nyatakan anggaran baki akaun hasil disatukan pada tahun 2020 ini, adakah semakin menyusut?
Anggaran baki Akaun Hasil Disatukan pada tahun 2020 adalah sebanyak RM134.29 juta menyusut berikutan anggaran Belanjawan Negeri Selangor yang diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri mengunjurkan defisit keseluruhan berjumlah RM133 juta.