Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020
16 Mac 2020 - 17 Mac 2020
141) SENARAI PEMUTIHAN KILANG-KILANG HARAM
Tahun: 2020
Sesi: 1
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Senaraikan jumlah permohonan pemutihan kilang-kilang haram yang telah diluluskan mengikut kawasan Pihak Berkuasa Tempatan di Selangor sehingga Februari 2020.
Senarai jumlah permohonan pemutihan kilang-kilang tanpa kebenaran mengikut pecahan daerah adalah seperti di jadual berikut:
Sumber: Pejabat Tanah dan Galian Selangor
Jumlah permohonan pemutihan kilang-kilang haram yang telah diluluskan mengikut kawasan Pihak Berkuasa Tempatan di Selangor sehingga Februari 2020 adalah seperti berikut:
Sumber: Seksyen Pihak Berkuasa Tempatan
-
Sejauh manakah sambutan oleh pemilik kilang haram terhadap program pemutihan kilang-kilang dari Kerajaan Negeri Selangor?
Pejabat Tanah dan Galian Selangor:
Berdasarkan kepada beberapa siri taklimat yang telah diadakan sebanyak sembilan (9) kali, sambutan daripada pemilik tanah dan pengusaha kilang amat menggalakkan. Taklimat telah diadakan di kawasan Majlis Bandaraya Shah Alam, Majlis Perbandaran Subang Jaya, Majlis Perbandaran Kajang, Majlis Perbandaran Klang, Majlis Perbandaran Sepang, Majlis Perbandaran Kuala Langat, dan Majlis Daerah Hulu Selangor.
Seksyen Pihak Berkuasa Tempatan:
Kesemua PBT telah melaksanakan sesi dialog bersama pengusaha kilang bagi menambah kefahaman berkaitan program ini. Sambutan terhadap program ini adalah berbeza-beza di setiap PBT. Secara puratanya sambutan oleh pemilik kilang haram terhadap program pemutihan kilang-kilang dari Kerajaan Negeri Selangor adalah sangat baik.