Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

16 Mac 2020 - 17 Mac 2020

139) PEMBERIAN KERAJAAN PERSEKUTUAN KEPADA KERAJAAN NEGERI

Tahun: 2020

Sesi: 1

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Nyatakan secara terperinci segala program dan projek beserta jumlah peruntukan yang disalurkan Kerajaan Persekutuan kepada Negeri Selangor pada 2019.

    Jumlah peruntukan yang disalurkan oleh Kerajaan Persekutuan kepada Kerajaan Negeri pada tahun 2019 adalah sebanyak RM792,695,627.30 dan perincian adalah seperti di LAMPIRAN A.

    Manakala, jumlah peruntukan Kerajaan Persekutuan yang disalurkan terus kepada Jabatan/Agensi terlibat adalah sebanyak RM43,554,631.10 dan perincian adalah seperti jadual berikut:

    Di bawah peruntukan pembangunan, sebanyak RM9,000,000.00 telah diperuntukkan oleh Kerajaan Persekutuan pada tahun 2019 dalam bentuk pinjaman melalui Projek Bekalan Air dengan kos projek yang berjumlah RM158,300,000.00 bagi pelaksanaan di bawah Rancangan Malaysia Kesebelas (RMKe-11) 2016 – 2020. Daripada jumlah RM9,000,000.00 tersebut, sebanyak RM8,559,064.01 telah dibelanjakan dengan mencatatkan peratusan perbelanjaan sebanyak 95.1%.

  2. Nyatakan peratusan perbelanjaan dari keseluruhan peruntukan tersebut.

    Perbelanjaan daripada peruntukan yang disalurkan oleh Kerajaan Persekutuan kepada Kerajaan Negeri adalah seperti berikut:

    1. Pemberian Penyenggaraan Jalan Raya Negeri (MARRIS) yang diterima oleh Kerajaan Negeri pada tahun 2019 adalah sebanyak RM537,084,765.00 diakaunkan di bawah Kumpulan Wang Amanah Penyenggaraan Jalan Negeri dan perbelanjaan bagi pemberian ini adalah sebanyak RM555,620,042.53 atau 103%;
    2. Bagi Pemberian berdasarkan Tahap Pembangunan Ekonomi, Infrastruktur dan Kesejahteraan Hidup (TAHAP), Kerajaan Negeri telah menerima sebanyak RM18,429,000.00 pada tahun 2019 (mengikut siling yang telah ditetapkan). Pemberian ini diakaunkan di bawah Kumpulan Wang Pembangunan Negeri dan ia termasuk di dalam keseluruhan peruntukan Pembangunan pada tahun 2019 iaitu sebanyak RM1.403 bilion;
    3. Pemberian Cukai Pelancongan yang diterima oleh Kerajaan Negeri pada tahun 2019 adalah sebanyak RM10,302,420.00 dan perbelanjaan bagi pemberian ini adalah sebanyak RM7,297,234.00 atau 70.83% mengikut Garis Panduan Pemberian Cukai Pelancongan; dan
    4. Bagi Elaun Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kampung-kampung Baru, Kerajaan Negeri telah menerima sebanyak RM1,559,250.00 pada tahun 2019 dan pemberian ini digunapakai sepenuhnya oleh Pejabat Daerah/Tanah dalam perbelanjaan Mengurus membayar Elaun Majlis Pengurusan Komuniti Kampung;
    5. Bagi terimaan Pemberian Persekutuan yang lain akan diakaunkan ke dalam Kumpulan Wang Disatukan Kerajaan Negeri Selangor dan perbelanjaan adalah mengikut undang-undang atau kelulusan Dewan Negeri Selangor selaras dengan Perkara 104, Perlembagaan Persekutuan (Pengeluaran daripada Kumpulan Wang Disatukan), seperti berikut:

     

    • Pemberian Mengikut Bilangan Orang;
    • Pemberian Pembiayaan Perbelanjaan Mengurus Bagi Jabatan-Jabatan di bawah Senarai Bersama (50%);
    • Pemberian Khas Kepada Kerajaan Negeri Selangor;
    • Pemberian Bayaran Perkhidmatan 10% Kerana Penglibatan Kakitangan Kerajaan Negeri Dalam Melaksanakan Projek-Projek Persekutuan; dan
    • Pemberian Pertambahan Hasil.

     

    Sehingga 31 Disember 2019, peratus perbelanjaan keseluruhan Belanja Mengurus dan Pembangunan adalah sebanyak 94.61% daripada RM2.68 bilion yang diperuntukkan.

    Manakala, bagi Pemberian Persekutuan yang disalurkan terus kepada Jabatan/Agensi terlibat seperti Perbadanan Adat Melayu dan Warisan (PADAT), Perbadanan Perpustakaan Negeri Selangor (PPAS) dan Pihak Berkuasa Tempatan Selangor (PBT), kesemua Pemberian Persekutuan berjumlah RM43,554,631.10 telah habis dibelanjakan pada tahun 2019. Rujuk jadual berikut untuk perincian.

Lampiran

Tiada Lampiran.