Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020
16 Mac 2020 - 17 Mac 2020
136) MINUMAN BERALKOHOL (ARAK)
Tahun: 2020
Sesi: 1
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah Kerajaan Negeri tidak bercadang untuk mengharamkan minum arak di tempat awam bagi memastikan keselesaan dan keselamatan orang ramai?
Kerajaan Negeri sentiasa bekerjasama dengan PDRM dan PBT dalam pengawasan dan pemantauan kawasan tempat awam demi keselesaan dan keselamatan orang ramai. Pengguna tempat awam telah diingatkan supaya sentiasa menjaga etika dan ketenteraman awam melalui Papan Tanda yang diletakkan di Taman Awam (UUK). Dalam usaha untuk mengatasi kacau ganggu di tempat awam berlaku, Pihak Berkuasa Tempatan mengambil langkah dengan menjalankan rondaan pemantauan di lokasi-lokasi tempat awam dan jika terdapat berlaku kacau ganggu akibat mabuk, anggota akan melaporkan kepada pihak PDRM untuk tindakan.
-
Nyatakan tindakan Kerajaan Negeri untuk mengawal insiden disebabkan pemabuk seperti pergaduhan dan kemalangan dari berulang lagi.
Jawapan seperti di Sub Soalan A