Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

16 Mac 2020 - 17 Mac 2020

119) LAMBAKAN PUSAT MEMBELI BELAH

Tahun: 2020

Sesi: 1

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Mohd Sany Bin Hamzan

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah langkah Kerajaan Negeri untuk membendung masalah lambakan pusat membeli belah ini?

    Pembangunan pusat membeli belah selari dengan kemajuan ekonomi, taraf hidup dan cara hidup masyarakat. Keperluan dan penyediaan pusat membeli belah mampu dikawal dengan menghadkan jumlah pembangunan dan komponen pembangunan melalui pemerkasaan gunatanah di dalam Dokumen Rancangan Pemajuan iaitu Rancangan Tempatan atau Rancangan Kawasan Khas dengan mengawal plot ratio dan keluasan zon perniagaan serta di peringkat PBT masing-masing.

  2. Bagaimanakah cara Kerajaan Negeri untuk menjadikan lambakan pusat membeli belah ini sebagai punca ekonomi sesebuah masyarakat?

    Lambakan pusat membeli belah ini boleh dijadikan sebagai punca ekonomi dengan membenarkan penggunaan gunasama ruang bagi tujuan sosial, aktiviti masyarakat, majlis keramaian atau tempat berkumpul masyarakat setempat dengan menepati Garis Panduan Dan Piawaian Negeri Selangor Edisi Ke 3 tertakluk semasa kelulusan lesen perniagaan oleh PBT. Walau bagaimanapun bagi tujuan pasaraya atau hypermarket dan seumpamanya peniaga dibawah pengusaha asing dikawal oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri , Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) sebelum memohon lesen daripada pihak PBT.

  3. Apakah usaha yang akan dilakukan Kerajaan Negeri bagi mengatasi masalah ini agar tidak berterusan?

    Bagi memastikan tiada lambakan pusat membeli belah dan tidak menjejaskan sektor perniagaan sediada, KPDNKK berkenaan telah mensyaratkan suatu proses pandangan awam/ townhall diadakan terlebih dahulu oleh PBT bagi mendapatkan maklumbalas ke atas cadangan pasar raya seumpamanya sebelum KPDNKK menimbangnya dengan merujuk kepada Manual Garis Panduan Dan Piawaian Negeri Selangor Edisi Ke 3.

Lampiran

Tiada Lampiran.