Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020
16 Mac 2020 - 17 Mac 2020
92) PROJEK PENUKARGANTIAN PAIP AIR
Tahun: 2020
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Berapakah peruntukan yang telah diluluskan untuk menukarganti paip air lama untuk tahun 2020?
Bagi tahun 2020, Air Selangor telah memperuntukkan pembelanjaan modal atau CAPEX sejumlah RM142.5 Juta bagi melaksanakan Program Penggantian Paip yang dibiayai melalui peruntukan dalaman Air Selangor.
-
Senaraikan projek-projek penukargantian paip air yang telah diluluskan untuk tahun 2020 dan sudah bermula.
Sebanyak 133 Program penggantian paip telah dianugerahkan secara berperingkat bermula Januari 2020 sehingga Mac 2020 dan senarai hotspot adalah seperti berikut:
-
Senaraikan juga projek-projek penukargantian paip air yang telah bermula pada tahun 2019 tetapi masih belum selesai sehingga sekarang.
Senarai kawasan Program Penggantian Paip yang telah bermula pada tahun 2019 tetapi masih belum selesai dilaksanakan adalah seperti beikut:
Kerja-kerja penggantian paip lewat disiapkan daripada jadual asal disebabkan oleh:
- Proses kelulusan permit yang panjang oleh Pihak Berkuasa Tempatan/ Jabatan Kerja Raya yang mana ada antaranya mengambil masa 2 hingga 5 bulan.
- Selain itu, pihak kontraktor juga lewat menyediakan tenaga kerja dan jentera yang mencukupi selepas kelulusan permit berikutan pihak kontraktor tidak dapat menjangka tempoh kelulusan permit oleh pihak berkuasa dan telah mendahulukan projek lain yang telah diluluskan.