Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

16 Mac 2020 - 17 Mac 2020

49) 292 KESATUAN SEKERJA DI SELANGOR

Tahun: 2020

Sesi: 1

Isu: Pekerjaan

Adun: Y.B. Tuan Shatiri Bin Mansor

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Senaraikan secara terperinci nama penuh kesatuan, alamat, AJK dan jumlah ahli kesatuan sekerja.

    Jadual : Senarai Nama Penuh, Alamat, AJK dan Jumlah Kesatuan Sekerja Ahli adalah seperti di Lampiran A.

  2. Jumlah pertikaian perusahaan setiap kesatuan dalam tempoh 5 tahun yang lalu

    Pertikaian perusahaan atau “trade dispute” ditakrifkan di bawah Akta Perhubungan Perusahaan 1967 (Akta 177) sebagai suatu pertikaian di antara majikan dengan pekerja-pekerjanya yang berhubung kait dengan pekerjaan atau bukan pekerjaan atau terma-terma dan syarat-syarat pekerjaan atau keadaan tempat pekerjaan.

    Pertikaian perusahaan akan wujud apabila kedua-dua pihak iaitu majikan atau kesatuan mereka dan pekerja atau kesatuan sekerja mereka gagal mencapai persetujuan bersama terhadap isu-isu pekerjaan atau bukan pekerjaan. Kedua-dua pihak boleh menfailkanaduan pertikaian di bawah Seksyen 18 Akta 177.

    Jumlah kes pertikaian perusahaan yang difailkan di bawah Seksyen 18 Akta Perhubungan Perusahaan 1967 bagi tempoh lima (5) tahun bermula 2015 hingga 2019 bagi negeri Selangor adalah seperti berikut:

Lampiran

Tiada Lampiran.