Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

16 Mac 2020 - 17 Mac 2020

48) TANAH KOMPLEKS SUKAN-SEKSYEN 10 KOTA DAMANSARA

Tahun: 2020

Sesi: 1

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Shatiri Bin Mansor

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah status terkini tanah tersebut yang pada asalnya adalah bertujuan untuk kompleks sukan?

    Tanah tersebut merupakan tanah berimilik oleh Kerajaan Negeri kepada PKNS bagi tujuan kompleks sukan seluas 9.45 ekar. Walau bagaimanapun, status syarat nyata tanah tersebut adalah bangunan perniagaan dan berada di dalam kawasan zon gunatanah perniagaan. PKNS telah pun melaksanakan proses pembidaan bagi tanah tersebut dan pihak yang berjaya adalah Sunway PKNS Bhd.

    PKNS kini sedang dalam peringkat akhir untuk memuktamadkan perjanjian dengan Sunway PKNS Bhd. Cadangan komponen pembangunan bagi tanah ini ialah (i) 0.75 ekar untuk pembinaan kompleks sukan; (ii) 3 ekar untuk pembinaan sekolah agama; dan (iii) 5.7 ekar untuk pembinaan bangunan perniagaan.

  2. Adakah sebarang rancangan Kerajaan untuk menggantikan tanah tersebut di kawasan N39 Kota Damansara?

    Tiada maklumat berkenaan isu penggantian tanah tersebut.

Lampiran

Tiada Lampiran.