Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

16 Mac 2020 - 17 Mac 2020

46) KESATUAN SEKERJA

Tahun: 2020

Sesi: 1

Isu: Pekerjaan

Adun: Y.B. Tuan Shatiri Bin Mansor

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah usaha yang telah Kerajaan lakukan untuk mempromosi pergerakan Kesatuan Sekerja di kalangan kaum pekerja dan majikan di Selangor dalam Kontek Konvensyen ILO 87 dan 98?

    Kementerian Sumber Manusia (KSM) melalui Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja (JHEKS) telah melakukan pelbagai usaha dan langkah dalam melakukan promosi pergerakan kesatuan sekerja di kalangan pekerja dan majikan di Selangor. Ianya dirangka khusus dalam memastikan semua pekerja dan majikan di peringkat nasional amnya dan Negeri Selangor khususnya mendapat manfaat daripada program-program tersebut.

    Kerajaan Malaysia telah meratifikasi Konvensyen 98 di mana melalui ratifikasi ini, pekerja-pekerja memperolehi faedah sebagaimana pekerja-pekerja adalah bebas untuk menubuhkan persatuan dan mempunyai hak untuk mengadakan perundingan kolektif bersama majikan. KSM melalui JHEKS juga sedang dalam proses meminda Akta Kesatuan Sekerja 1959 (Akta 262) supaya ianya selari dengan keadaan semasa serta mengambil kira prinsip-prinsip Konvensyen 87.

    Dalam konteks ini, tertakluk kepada peruntukan-peruntukan Akta 262, JHEKS dalam masa yang sama tidak menghalang mana-mana pekerja untuk menubuhkan sesebuah kesatuan sekerja atau menyertai dan menjadi ahli mana-mana kesatuan sekerja. Selain daripada Akta 262, hak-hak berkesatuan juga ada dinyatakan dengan jelas di dalam Perlembagaan Persekutuan, Akta Kerja 1955 dan Akta Perhubungan Perusahaan 1967.

    Antara program yang telah dirancang atau telah dilaksanakan bagi tahun 2019 dan 2020 di negeri Selangor adalah seperti berikut:-

    • Kursus Pengurusan Kesatuan Sekerja Siri 1 pada 6-7 April 2019 di PKNS Shah Alam, Selangor.
    • Seminar Kesedaran Berkesatuan Bersama Graduan Siri 1 pada 8 April 2019 di ADTEC Shah Alam, Selangor.
    • Kursus Pengurusan Kesatuan Sekerja Siri 2 pada 25-26 Julai 2019 di Hotel Carlton,Shah Alam Selangor.
    • Taklimat Pindaan Akta Kesatuan Sekerja 1959 bersama pekerja dan majikan pada 22 Ogos 2019 di CIAST Shah Alam, Selangor.
    • “Ke Arah 1 juta Keanggotaan 2020”, Program Kesedaran Berkesatuan Bersama Graduan & Pelajar-Pelajar ADTEC Shah Alam pada 3 Mac 2020.

     

    Bagi tahun 2020, terdapat beberapa program yang telah dirancang untuk dilaksanakan di negeri Selangor seperti berikut:-

    • Program Promosi Ke Arah 1 juta Keanggotaan Kesatuan Sekerja Tahun 2020.
    • Program Outreach Bersama Pekerja, Kesatuan Sekerja, Pelajar, Pelatih Dan Mahasiswa.
    • Seminar Program Labour Enrichment and Professionalisme (LEAP)
    • Taklimat Geran Pembangunan Kesatuan Sekerja (GPKS).

Lampiran

Tiada Lampiran.