Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

16 Mac 2020 - 17 Mac 2020

40) PENGANGKUTAN AWAM

Tahun: 2020

Sesi: 1

Isu: Pengangkutan

Adun: Y.B. Tuan Gunarajah A/l R George

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah Kerajaan Negeri mempunyai hasrat untuk meningkatkan mobilisasi Bas Smart Selangor?

    Kerajaan Negeri sememangnya berhasrat untuk meningkatkan lagi mobilisasi Bas Smart Selangor terutamanya merentasi kawasan pentadbiran Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) mahupun sempadan daerah dengan memperluas dan memperbanyakkan lagi laluan-laluan serta penggunaan bas yang bersesuaian bagi menghubungkan pelbagai jaringan pengangkutan awam sedia ada di Negeri Selangor.

    Dengan jumlah penumpang Bas Smart Selangor yang kini mencecah 46 juta orang (bagi tempoh 1 Julai 2015 hingga 31 Januari 2020), dalam memastikan perkhidmatan bas ini dapat dikekalkan untuk jangkamasa yang panjang, satu kajian keberkesanan dan kepuasan penumpang Bas Smart Selangor perlu dilaksanakan bagi mengenalpasti keperluan serta ruang-ruang penambahbaikan yang boleh diperbaiki dalam merencana hala tuju perkhidmatan Bas Smart Selangor pada masa hadapan supaya ianya relevan untuk diteruskan dan diperluaskan dengan lebih baik dan berkesan.

Lampiran

Tiada Lampiran.