Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020
16 Mac 2020 - 17 Mac 2020
39) NYAMUK AEDES & KESIHATAN AWAM
Tahun: 2020
Sesi: 1
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Tuan Gunarajah A/l R George
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah inisiatif yang diambil oleh Kerajaan Negeri untuk mengurangkan kadar wabak denggi di kawasan Daerah Klang dan khususnya DUN Sentosa?
Jabatan Kesihatan Negeri Selangor Bersama Pejabat Kesihatan Daerah Klang telah menggunakan pelbagai pendekatan berstrategik termasuk:
- Kempen Selangor Gempur Aedes Siri 1-4 bagi tahun 2019 bagi mengurangkan kes/ wabak denggi;
- Operasi Penguatkuasaan Bersepadu Denggi di lokaliti hotspot/ wabak;
- Gotong royong pemusnahan tempat pembiakan denggi di lokaliti wabak/ hotspot;
- Menjalankan Program Selangor Bebas Aedes di tempat Kerja dan Kuarters;
- Mengukuhkan Program Bebas Denggi di Sekolah; dan
- Mengukuhkan peranan COMBI dalam lokaliti wabak denggi.
-
Sejauh manakah keberkesanan pihak KDEB dalam menangani isu kebersihan awam?
KDEBWM sentiasa komited dalam memastikan kerja-kerja pembersihan awam yang telah diamanahkan dilaksanakan dengan baik mengikut jadual yang telah ditetapkan. Kualiti dan mutu kerja KDEBWM sentiasa dipantau oleh Majlis Perbandaran Klang (MPK) dan KDEBWM juga telahpun menyediakan pelbagai medium untuk mendapatkan maklumbalas daripada orang ramai sekiranya ada kelompangan di dalam kerja-kerja pembersihan yang dilakukan. KDEBWM juga telah mengambil inisiatif untuk mengadakan sesi perjumpaan dan perbincangan dengan Ahli Majlis, Persatuan Penduduk dan kontraktor kawasan dari semasa ke semasa bagi mendapatkan maklum balas untuk memastikan kerja-kerja pembersihan awam dapat dilaksanakan dengan berkesan.
Faktor terpenting yang menyumbang kepada keberkesanan dalam menangani isu kebersihan awam adalah penglibatan dan kerjasama semua pihak terutamanya dari kalangan penduduk sendiri dan orang awam. KDEBWM akan sentiasa memainkan peranan sebagai kontraktor bagi melaksanakan kerja-kerja pembersihan awam. Sekiranya semua pihak berganding bahu dan bekerjasama serta sentiasa mengutamakan kebersihan, isu kebersihan awam ini akan dapat diatasi secara total dan berkesan.