Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020
16 Mac 2020 - 17 Mac 2020
37) PENCEMARAN ALAM SEKITAR OLEH KILANG-KILANG HARAM DI DUN SENTOSA
Tahun: 2020
Sesi: 1
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Gunarajah A/l R George
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Senaraikan semua kilang yang telah diambil tindakan oleh pihak Kerajaan Negeri dan MPK yang mempunyai aduan penduduk setempat.
Senarai kilang haram yang menyebabkan pencemaran dan yang telah diambil tindakan oleh Majlis Perbandaran Klang di DUN Sentosa adalah seperti berikut :
-
Apakah Kerajaan Negeri mempunyai senarai kilang haram yang dilaporkan kepada PBT?
Untuk makluman Yang Berhormat sekalian, PBT sentiasa melaksanakan pemantauan dan penguatkuasaan terhadap kilang-kilang haram di kawasan masing-masing. Bilangan kilang haram ini sentiasa berubah-ubah setiap kali operasi penguatkuasaan dilaksanakan. Sehingga kini, berikut adalah bancian yang telah diperolehi PBT Negeri Selangor:
-
Senaraikan tindakan yang telah diambil untuk menangani isu pembakaran terbuka oleh PBT di DUN Sentosa.
Tindakan yang diambil oleh Majlis Perbandaran Klang bagi menangani isu pembakaran terbuka di DUN Sentosa :
- Pemantauan dijalankan dari masa ke semasa;
- Pemantauan yang dijalankan ke lokasi aduan mendapati hanya kesan dari aktiviti pembakaran terbuka telah berlaku. Walaubagaimanapun, tiada tangkapan atau tindakan dilakukan kerana tiada individu yang melakukan pembakaran di lokasi semasa siasatan dilakukan;
- Sekiranya berlaku aktiviti pembakaran terbuka, laporan akan dimajukan kepada Jabatan Alam Sekitar Negeri Selangor dan lain-lain agensi berkaitan;
- Pada 27 Januari 2020, terdapat aduan pembakaran terbuka di Lot 10439, Jalan Sungai Jati. Semasa pemantaaun dijalankan oleh Unit PANTAS, beberapa individu disyaki melakukan kebakaran tersebut melarikan diri. Tindakan pemadaman dilaksanakan bagi mengelakkan kemerebakan kebakaran. Dalam pada masa sama tindakan penyitaan ke atas bahan-bahan bakar sepert wayar telah diambil untuk tindakan selanjutnya.