Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020
16 Mac 2020 - 17 Mac 2020
35) HAL EHWAL SELAIN ISLAM
Tahun: 2020
Sesi: 1
Isu: Hal Ehwal Selain Islam
Adun: Y.B. Tuan Gunarajah A/l R George
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Berapakah dana yang diperuntukkan oleh Kerajaan Negeri untuk pembangunan kuil Hindu?
Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMKN) ke 4/2019 yang diadakan pada 15 Februari 2019 yang telah disahkan oleh MMKN ke 5/2019 pada 20 Februari 2019 telah menimbang dan meluluskan pembahagian peruntukan hal ehwal selain Islam di bawah Jawatankuasa Hal Ehwal Selain Islam bagi tahun 2019 seperti berikut :
Bersetuju agar pembahagian bagi setiap kategori agama adalah mengikut peratusan penganut Selain Islam Negeri Selangor iaitu seperti berikut:
-
Berapakah jumlah kuil Hindu yang diluluskan oleh Kerajaan Negeri?
Sehingga Januari-Februari 2020, Mesyuarat Jawatankuasa Hal Ehwal Selain Islam telah menyokong sebanyak tujuh (7) tapak rumah ibadat selain Islam (Kuil) untuk tujuan pewartaan, manakala bilangan terkini permohonan pewartaan bagi kuil Hindu yang masih berada di dalam pertimbangan Jawatankuasa Hal Ehwal Selain Islam pada masa ini adalah sebanyak 5 permohonan.
-
Berapa banyak tapak yang digazetkan bagi pembinaan kuil?
Sehingga Februari 2020, sebanyak 69 tapak telah digazetkan bagi tujuan rumah ibadat selain Islam. Namun, ianya belum dibahagi mengikut agama. Penentuan tapak rumah ibadat selain Islam ini akan ditentukan di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Hal Ehwal Selain Islam (HESI) mengikut permohonan serta komposisi kaum setempat serta berdasarkan Garis Panduan Pihak Berkuasa Tempatan sedia ada yang sedang digunapakai. Berikut adalah jumlah tanah yang telah digazetkan bagi tujuan rumah ibadat selain Islam mengikut PBT seperti berikut: