Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

16 Mac 2020 - 17 Mac 2020

32) KOLAM TAKUNGAN AIR

Tahun: 2020

Sesi: 1

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Chua Wei Kiat

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Nyatakan perkembangan projek kolam takungan di Sungai Gong

    Projek yang dimaksudkan adalah Projek Menaiktaraf Sg. Gong dan Pembinaan Kolam Takungan Banjir Serta Kerja-kerja Berkaitan Fasa 1 di Mukim Rawang, Daerah Gombak. Projek ini sepatutnya siap pada 5/6/2019. Namun begitu, kontraktor gagal untuk menyiapkan projek tersebut dalam tempoh yang telah ditetapkan. Kemajuan terkini projek adalah sebanyak 92% dan Perakuan Sijil Tidak Siap Kerja (CNC) telah pun dikeluarkan pada 5/6/2019. JPS telah mengeluarkan surat peringatan kepada pihak kontraktor untuk menyiapkan baki kerja projek tersebut namun kontraktor masih gagal melaksanakan kerja dengan baik.

  2. Apakah cara dan jadual untuk penyelesaian projek sakit tersebut?

    Untuk makluman, kontraktor projek tersebut telah dikenakan LAD sebanyak RM1440.00/hari. Pemantauan secara berterusan telah dibuat di mana mesyuarat tapak diadakan 2 mingu sekali untuk menyiapkan baki kerja. Ini selaras dengan pekeliling Perbendaharaan Malaysia (PK 4.5) di mana kontraktor diberi peluang meneruskan projek jika keadaan-keadaan berikut berlaku;

    • Kemajuan kerja di tapak yang telah siap melebihi 90%
    • Sebahagian besar kerja yang telah siap dan memberi manfaat kepada Kerajaan.

     

    Jika prestasi kontraktor ini tidak dipertingkatkan dan kontraktor tidak berkemampuan untuk menyelesaikan baki kerja di tapak, tindakan terhadap kontraktor akan dilaksanakan sejajar dengan klausa 51.0 (b) syarat kontrak.

Lampiran

Tiada Lampiran.